Sekiranya anda terfikir untuk berhijrah ke luar negara, mungkin anda boleh menggunakan kajian terbaru Mercer mengenai kualiti hidup di lebih 231 bandar seluruh dunia sebagai panduan.
Dalam kajian tahun 2019, Vienna menduduki tangga teratas sebagai bandaraya yang menyediakan kualiti hidup terbaik. Terkenal kerana kebudayaan, kedai kopi dan senibina lama, bandaraya yang terletak di negara Austria ini berjaya mengekalkan kedudukannya untuk 10 tahun berturut-turut. Penilaian tahap kualiti hidup dilakukan berdasarkan beberapa faktor seperti kadar jenayah, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, rekreasi, perumahan dan kebebasan individu. Negara-negara Eropah mengungguli hampir kesemua kedudukan di Top 10, manakala negara-negara Afrika dan Timur Tengah pula mendominasi 10 kedudukan terbawah. Di negara Malaysia dua bandaraya berjaya memasuki senarai. Kuala Lumpur (KL) dan Johor Bahru menduduki tempat ke 85 dan 101 keseluruhan sekaligus mengekalkan kedudukan ke 10 dan ke 12 di kalangan bandaraya di benua Asia. Ini bermakna di kalangan negara ASEAN, KL berada di tempat kedua selepas Singapura. Selain Singapura (25), bandaraya Asia yang turut memasuki ranking termasuklah 5 bandaraya Jepun seperti Tokyo (49), Kobe (49), Yokohama (55), Osaka (58), dan Nagoya (62) disusuli Hong Kong (71) dan Seoul (77). Turut tersenarai beberapa bandaraya negara jiran seperti Bandar Seri Begawan (106), Bangkok (133), Manila (137), Jakarta (142) dan Hanoi (155). Selain kualiti hidup, kajian ini juga berfaedah buat para traveller yang masih mencari-cari negara untuk dilawati bagi tahun 2019. -CARI
|
9
Bagus |
3
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wadiunong replied at 20-3-2019 09:08 AM
biarla Malaysia takde dalam list, iols tetap nak stay kat Malaysia, tanah airku yg tercinta.
ma ...
juruterra replied at 20-3-2019 10:46 AM
kan....i have been to switzerland, germany ...tak tahan rasanya nak duduk sana dgn kesejukan melam ...
ADVERTISEMENT