Setiap orang nasibnya tidak sama. Ada orang dilahirkan dengan penuh kesenangan hidup, ada pula yang terpaksa merempat dan meminta sedekah demi meneruskan kehidupan. Di negara China, jumlah penduduk terlalu padat sehinggakan ramai yang menghadapi masalah kemiskinan sehingga terpaksa mencuri. Baru-baru ini, seorang lelaki dilaporkan telah mencuri wang dari seorang wanita, namun memulangkannya kembali.
Hal ini bermula apabila mangsa itu dikatakan sedang membuat pengeluaran wang dari mesin ATM di Heyuan, Guangdong, apabila pencuri itu tiba-tiba menghunus sebilah pisau dari belakang. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, wanita itu cepat-cepat menghulurkan wang sebanyak 2500 yuan, bersamaan RM1523 yang baru sahaja dikeluarkan melalui mesin ATM tersebut. Namun, pencuri itu seolah-olah tidak puas hati dan mengugut untuk mendapat lebih banyak wang. Ketika itulah, dia memaksa wanita itu menunjukkan baki akaun. Tetapi, apabila pencuri itu melihat baki akaun wanita berkenaan yang berjumlah 0 pada paparan skrin, dia berasa simpati lalu memulangkan kembali wang yang dicurinya. Rakaman kamera CCTV menunjukkan lelaki itu sempat tersenyum sebelum pergi meninggalkan mangsa. Rata-rata orang ramai kagum dengan sikap lelaki tersebut yang masih mempunyai nilai kemanusiaan. Persoalannya adakah benar wanita itu sudah kehabisan wang atau sebenarnya disimpan di dalam bank yang lain? Walau bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan dan tetap didakwa atas kesalahan mencuri! - CARI
|
4
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 13-3-2019 04:04 PM
boleh ek dlm bank tgal baki 0?
chinta89 replied at 13-3-2019 04:04 PM
boleh ek dlm bank tgal baki 0?
taniabecks92 replied at 13-3-2019 05:59 PM
boleh. bank malaysia je tk boleh. hampeh
seri_mawr replied at 13-3-2019 04:11 PM
kt china..apa yang x boleh...
hahahhaa
chinta89: sbnrnya bank kat mesia ni nk kena tgal brpe Rm sekurang2nya?
ADVERTISEMENT