Gara-gara isu panas melibatkan Che Ta yang menyaman pemandunya kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan menfitnah, seluruh ahli keluarga terdekatnya seperti suaminya Zain Saidin dan iparnya Lan Pet-Pet turut diserang netizen di Instagram.
Terdahulu, menurut Muhammad Riduan, bekas pemandu kepada Che Ta, Zain Saidin dikata ada mengeluarkan kenyataan mencabarnya untuk meluahkan isu itu di media untuk membuktikan 'siapa lebih berkuasa di media sosial'. Bagaimanapun, netizen Malaysia yang terkenal dengan gelaran geng bawang membuktikan kepada pasangan itu siapa punya kuasa yang lebih besar. Geng bawang telah menyerang Instagram Che Ta beramai-ramai. Tidak cukup dengan itu, geng bawang juga mengecam Zain Saidin di Instagramnya kerana dikatakan dayus dan tidak mampu mengawal isterinya. Malah, ada yang menggelarnya anak kecil susulan umurnya yang lebih muda berbanding Che Ta. Lebih pedas lagi, geng bawang turut mengecam semua posting terbaru Zain termasuk sebuah iklan Umrah Bersama Lan Pet Pet. Seakan-akan menyindir, seorang netizen mengeluarkan kenyataan 'Buat apa pergi haji, gaji pemandu pun tak bayar?'. Ada pula yang berkata, 'Bajet bulu mata 3k tapi gaji pemandu 2k pun liat.' Sesungguhnya insiden ini adalah satu pengajaran kepada para artis bahawa walaupun kamu mempunyai ramai kenalan wartawan majalah, kuasa geng bawang kini lebih berbisa daripada mereka semua. - CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sesungguhnya insiden ini adalah satu pengajaran kepada para artis bahawa walaupun kamu mempunyai ramai kenalan wartawan majalah, kuasa geng bawang kini lebih berbisa daripada mereka semua.
Acikgomen replied at 8-3-2019 11:13 AM
Hahaha che ta mesti meroyan kat rumah pangsapuri belumut tu memikir strategi baru
kucingitam replied at 8-3-2019 12:25 PM
dah pi kacau lan pet2 tu kenapa? lan yang hire driver ke che ta? ni pun sama spesis dgn yang tag adi ...
mieymiey replied at 8-3-2019 12:47 PM
Mesti CheTa tengah meqoyan sekaqang ni
Sang_Pencinta replied at 8-3-2019 12:52 PM
Bukan main dia update IG dengan keratan akhbar kawan2 wartawan dia tu
Tapi still kena kutuk ber ...
Acikgomen replied at 8-3-2019 11:13 AM
Hahaha che ta mesti meroyan kat rumah pangsapuri belumut tu memikir strategi baru
ADVERTISEMENT