CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Planet Tatooine Dalam Star Wars Sememangnya Wujud!

7-3-2019 12:52 PM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 3577| Komen: 9|Original author: Oleh: Azlin

Kredit foto: The Guardian


Peminat tegar francais filem mega Star Wars, pasti serba sedikit boleh menamakan beberapa lokasi ciptaan George Lucas yang dipaparkan dalam enam siri francais berkenaan. 

Antaranya Planet Tatooine, Planet Endor, Death Star, Planet Naboo, Planet Kashyyyk, Planet Mustafar dan Planet Jakku. 

Salah satu adegan yang dipercayai antara momen paling ikonik adalah pengenalan watak protagonis Luke Skywalker dalam Star Wars: New Hope pada 1977. 

Ingat lagi Planet Tatooine yang tandus berpasir, bangunan penghuninya berbentuk seperti iglu dengan kubah sfera diperbuat dari tanah liat? Tatooine merupakan sebuah planet gersang dan berbahaya. Segala kegiatan haram dijalankan di sini seperti penyeludupan, perjudian dan perhambaan. Hanya penjenayah dan penyeludup sahaja berkunjung ke planet ini untuk berurus niaga.


 
Binaan Ksar Ouled Sultane ini merupakan kubu orang Berber, di mana lokasi Mos Espa atau kuaters di mana hamba-hamba abdi termasuk ibu Anakin Skywalker tinggal. 
Sumber: Getty Image

Planet Tatooine sebenarnya ‘terletak’ di Tunisia Wilayah Tataouine atau dalam bahasa Berber bermaksud “sumber air”. Walaupun lokasi sebenar set terletak di Selatan Tunisia, pencipta mahakarya Star Wars, George Lucas menamakan Tatooine sempena mengambil inspirasi daripada nama wilayah ini.

Sedikit latar belakang Tataounie, wilayah ini pernah menjadi markas tentara Tunisia dan Perancis pada akhir kurun ke 19 dan pada 2015, ia dikatakan menjadi kubu tentera ISIS, namun telah dinafikan oleh kerajaan Tunisia.

 
Antara prop yang masih kekal di set Star Wars dikenali sebagai set Mos Espa.


Set Mos Espa. Sumber: The Guardian

Tataouine mempunyai pelbagai keunikan yang tiada di tempat lain. Rata-rata seni bina bangunan di sini sangat ringkas dan tiada dekorasi berlebih-lebihan. Penduduknya mendiami gua-gua dan kawasan bawah tanah. 

Manakala, latar landskap yang tandus dan sedikit membosankan dengan warna latarnya yang rata-rata senada menjadikan ciri ini menepati kehendak pembikin filem fantasi termasuk siri terkenal X-Files dalam mencipta suatu lokasi fiksyen misteri.

Kebanyakan set Star Wars masih terpelihara dan dibuka untuk dikunjungi orang ramai terutama para peminat Star Wars yang berdedikasi. Namun, kebanyakan lokasi penggambaran terletak di kawasan terpencil dan hanya pacuan empat roda sahaja yang sesuai digunakan. 

Selain Tataoiune, mari lihat beberapa tempat lain di Tunisia yang terpilih sebagai latar belakang lokasi Star Wars.


Hotel Sidi Driss pernah dijadikan sebagai rumah Lars' Homestead di mana Luke Skywalker dibesarkan dalam siri A New Hope dan sekali lagi dipaparkan dalam siri Attack of The Clones. Hotel yang mempunyai 20 buah bilik ini boleh menempatkan seramai 145 orang dalam satu masa. 
Kredit foto: Andy Carvin


Pandangan dari dalam bilik Luke Skywalker di Hotel Sidi Driss. 
Sumber: The Guardian


Perbezaan rumah nelayan dan sebagai prop yang pernah didiami oleh Obi Wan Kenobi.


Binaan mirip iglu ini terletak ni dataran garam bernama Chott el DJerid terletak di berdekatan sempadan Tunisia dan Algeria.


Binaan mirip iglu di Chott el Djerid.

Pasti peminat Star Wars teruja kalau dapat berkunjung ke sini kan? Apa lagi, haruslah memenuhkan ruang storan dengan swafoto! - CARI
5

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-3-2019 01:58 PM
Dulu minat star wars ni,  tapi makin lama makin tak best
Quote Artemesiaa 7-3-2019 05:12 PM
Kalau ke Tunisia bolehlah singgah ke lokasi ni
Quote nisako 7-3-2019 08:38 PM
wow bestnye{:run
Quote najib888 8-3-2019 12:22 PM
Tak pernah nak minat Star Wars ni.. dah cuba, tapi tak dapat nak layan.. bosan..
Quote lee_sakura 8-3-2019 02:54 PM
cam best je ni...blh masuk dlm travel list
Quote cikgujun 8-3-2019 03:14 PM
oh i wish i can go here!
Quote batmana 8-3-2019 05:00 PM
star wars ni cite berbelit
mcm tgk filem tamil
cume minus hero tamil lar
Quote CikB 29-6-2019 05:40 PM
macam best je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050222 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top