CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Keluarkan Gumpalan Rambut 1.5 Kilogram Dari Perut Kanak-Kanak Perempuan

7-3-2019 10:38 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2856| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Imbasan tomografi berkomputer menemukan gumpalan rambut yang besar dalam perut Feifei. Kredit foto: Mirror



Doktor yang merawat seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di China yang mengadu sakit perut terkejut apabila menemukan gumpalan rambut seberat 1.5 kilogram di dalam perutnya.

Memetik laporan Mirror pada 3 Mac lalu, kanak-kanak perempuan yang hanya dikenali sebagai Feifei itu dikatakan memakan rambutnya sendiri sejak berumur dua tahun.

Feifei juga memberitahu ibunya bahawa dia telah menghentikan perbuatan tidak sihat itu awal tahun ini.

Namun, pada awal bulan lalu, Feifei jatuh sakit selama seminggu serta menunjukkan simptom seperti muntah dan sakit perut yang teruk.


Perut Feifei mula membusung akibat tabiat memakan rambut sejak dia berusia dua tahun. Kredit foto: Mirror


Sebaik sahaja melihat perut Feifei membusung, ibunya membawa kanak-kanak itu ke Hospital Donghua di Guangdong untuk menerima rawatan.

Dr. Tang Shilong seterusnya melakukan prosedur lavaj gastrik untuk mengeluarkan isi perut Feifei namun tidak menemukan sebarang sisa makanan.

Beliau terkejut apabila imbasan tomografi berkomputer mendapati ada satu gumpalan besar yang bercampur dengan sisa makanan di dalam perut Feifei.

Gumpalan itu tidak dapat dikeluarkan melalui prosedur endoskopi kerana ia menunjukkan tanda-tanda pengapuran dan menyebabkan perut Feifei terpaksa dibedah.

"Gumpalan rambut itu pasti telah berada di dalam perut selama bertahun-tahun. Tabiat memakan rambut merupakan simptom pika iaitu sejenis kecelaruan pemakanan yang menyebabkan penghidapnya gemar memakan objek tidak berkhasiat," jelasnya.

Feifei kini dilaporkan beransur pulih dan mula mengambil makanan seperti biasa.

Awasi anak-anak yang masih kecil bagi memastikan mereka tidak memasukkan objek seperti rambut ke dalam mulut dan menelannya. - CARI

9

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 7-3-2019 10:44 AM
eeeeeeeeee..
yg viral ari tu (org indon) suka mkn sabun... nnti apa lah jadi kat perut dia
Quote hussaini4675 7-3-2019 11:25 AM
haryatie: eeeeeeeeee.. yg viral ari tu (org indon) suka mkn sabun... nnti apa lah jadi kat perut dia


Makan nasi udah le.
Quote Yunho 7-3-2019 12:33 PM
haryatie replied at 7-3-2019 10:44 AM
eeeeeeeeee..
yg viral ari tu (org indon) suka mkn sabun... nnti apa lah jadi kat perut dia

perut dia mesti bersih...
kentut mesi wangi...
Quote haryatie 7-3-2019 01:08 PM
Yunho replied at 7-3-2019 12:33 PM
perut dia mesti bersih...
kentut mesi wangi...

aahhh xde makna
Quote noor2 7-3-2019 01:10 PM
Kucing akak selalu muntah bulu dia. ....
Quote hussaini4675 7-3-2019 01:48 PM
noor2: Kucing akak selalu muntah bulu dia. ....


Perut manusia tak sama dengan kucing
Quote chicozinn 7-3-2019 02:25 PM
haryatie replied at 7-3-2019 10:44 AM
eeeeeeeeee..
yg viral ari tu (org indon) suka mkn sabun... nnti apa lah jadi kat perut dia

kentut kluar buih..jimat xpyah beli menan ade air sabun tu..hehehe
Quote ikanmasin 7-3-2019 05:35 PM
mst meyesal tak sangka habit mkn rambut tu kesannya jangka masa
memakan diri sendiri..nsb baik dr nampak gak..
Quote abangadek 7-3-2019 05:44 PM
pehal la kau ni rambut pn dimakan
Quote hussaini4675 7-3-2019 06:04 PM
abangadek: pehal la kau ni rambut pn dimakan


Dia ingat mee hitam kot
Quote rynamarina 10-5-2019 06:49 PM
kes dera ke? mak bapak tak kasik makan?
Quote kasibiman 10-5-2019 07:46 PM
Punya kuat asid dlm perut takleh cerna rambut eh??
Quote Atata 10-5-2019 07:48 PM
Ada sejenis penyakit yg buat org makan rambut. Mcm ada viral haritu kat Malaysia. Emak tu ckp anak dia suka makan rambut. Simptom2 tak cukup nutrisi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.249857 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top