Wanita berusia 30 tahun disimbah air panas dan dibaling penyodok sampah selepas bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Taman Seri Krubong, Melaka, semalam, lapor Harian Metro.
Menurut sumber polis, dia ditahan ketika hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, semalam. Sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dipercayai berselisih faham hingga berlaku pertengkaran mulut antara mereka. “Bagaimanapun ketika bertengkar, suspek dipercayai bertindak menyimbah minuman panas yang diminumnya ke arah dada isteri.
“Dia juga bertindak membaling penyodok sampah ke arah muka mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan terpaksa menerima 20 jahitan,” katanya. Suspek yang juga pemandu lori direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan. - CARI
|
6
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 6-3-2019 07:22 PM
Penyodok besi ke apa tu.. Sampai 20 jahitan dia kena
Sazida replied at 6-3-2019 09:28 PM
Penyodok baru kot.
pearl.silver replied at 6-3-2019 09:32 PM
Klu 20 jahitan ni agak2 berapa cm luka dia tu klu satu garis panjang?
Seriau nk fikir
ADVERTISEMENT