CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sedap Dan Juicy! Resipi Roti Sardin Meleleh, Pasti Anak Suka!

8-3-2019 11:20 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12868| Komen: 23|Original author: Oleh: intan

Jika anda penggemar sandwic, pasti anda pernah bereksperimen dengan pelbagai inti seperti telur, sardin, ayam dan sebagainya. 

Selain mudah disediakan sebagai sarapan pagi dan minum petang, ada tip yang boleh menyedapkan lagi resipi sandwic anda. Selain suami, anak-anak pasti suka. Boleh juga cuba untuk aktiviti potluck dan piknik bersama rakan serta keluarga tersayang.

Ikuti tip yang dikongsi oleh saudari Ummu Hani di Facebook ini. Pasti rasa sandwic anda berbeza dan lebih lazat daripada biasa!


Yam yam! Nampak sedap kan!


"Hani suka brand Gardenia berbanding brand lain, lembut je rotinya..."

Bahan-bahan diperlukan:
1. Sardin
2. Roti
3. Mayonis
4. Bawang besar satu biji (dihiris)
5. Cili merah 2 biji (dihiris)
6. Limau Kasturi
7. Daun salad
8. Limau kasturi
9. Tomato
10. Timun


"Sardin pula suka brand Botan, kalau tak ada botan baru ambil Ayam brand"

"Kalau suka pedas, tambah lagi 3-4 biji cili, nikmat sebenar kalau tergigit cili dalam sandwic"

"Tak ada sayur, tak bermakna sandwic kita"


Langkah pertama:
"Panaskan sardin dalam kuali, tak perlu letak minyak. Hanya dimasak kosong saja dan tambah sedikit garam. Biarkan mendidih."


"Bila sardin dah masak, letak dalam pinggan. Ambil sosnya dalam 4-5 sudu. Kemudian, hancurkan sardin guna sudu."


"Masukkan bawang besar dan cili merah ke dalam sardin. Gaul rata"



"Perahkan sebiji limau kasturi, bijinya dibuang kemudian gaul rata"


"Masukkan mayonis dalam 4 sudu, lebih banyak lebih sedap. Gaul rata"

Masa untuk buat sandwic!


"Ambil roti dan sapukan mayonis"

"Ratakan sardin atas roti"

"Letakkan salad, timun dan tomato. Tutup sandwic dengan sekeping lagi roti yang juga disapu mayonis"

"Siap! Boleh dibelah dua atau buat bentuk mengikut cita rasa. Selamat menjamu selera."

Resipi ini bukan juga mudah dan murah untuk dilakukan, boleh juga dibuat sebagai pendapatan tambahan untuk anda yang suka berniaga. Selamat mencuba! - CARI
6

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-3-2019 11:23 AM
aku suka sapu dulu marjerin pada roti
sebelum letak sardin.. lagi sodap..
Quote pearl.silver 8-3-2019 12:36 PM
Masa sekolah rendah belajar wat sandwich sardin ni masa hari perkhemahan unit beruniform
Bangga gila balik umh tunjuk wat sandwich sardin
Quote vee_zara 8-3-2019 02:26 PM
I dari kecik mmg buat sandwich sardin cara ni. Mmg creamy kalau bubuh mayonis ..siap ajar kengkawan lg buat sandwich cara ni. Except i tak cincang timun n salad or tomato. Biar dia sekeping2 gitu.
Quote dubuk 8-3-2019 04:47 PM
hmmmmmmmm
Quote sarung 10-3-2019 08:13 AM
Lapar.....
Quote kaklong32 11-3-2019 02:39 PM
sedapnyaaa nak try lah
Quote chinta89 12-3-2019 10:28 AM
iols suka tumis bawang putih seulas dua, lps tu myk yg sama tu jgk taruk ikan sardin, goreng2 lps dh mcm garing terus hancurkan ikan td, masukkan kuah dan masakkan kejap. buh sos tomato sikit, lbh kick. kdg2 iols ejas selera ngn tmbh serbuk kari. yummeh!
Quote gorjeous 17-3-2019 02:15 PM
mesti cuba.. senang jee pun
Quote AppleJack 22-3-2019 02:37 AM
sedapnya nampak
Quote PasuDurian 2-4-2019 01:08 PM
Adoi lapar pulak tengok gambar
Quote anisa 3-4-2019 03:18 PM

Bagi penggemar sandwich, kalau selalu guna sardin dalam tin tak bagus juga kan. Jadi, supaya makanan yang dimasak untuk keluarga kita lebih sihat, boleh gantikan sardin dalam tin dengan ikan tongkol  yang di rebus sendiri (dipanggil juga ikan aya). Ikan tongkol rebus ni boleh dikatakan biasa bagi setengah masyarakat spt kelantan, terengganu. Ikan tongkol rebus ni bila dilenyek buat sardin, dia seakan-akan kita guna ikan tuna dalam tin. Tapi lebih khasiatla kan.

Saya ada buat experiment sandwich guna ikan tongkol rebus ni, anak-anak suka makan. Saya pun happy, dapat menyediakan menu sihat tak perlu bergantung kpd makanan dlm tin.  

Bahan-bahan yang saya guna untuk sandwich ikan tongkol adalah:

1 ketul ikan tongkol  yang telah di rebus, di lenyek kasar (kalau size kecil guna 2 ketul)
1 biji telur rebus, lenyek
1 biji bawang Holland, potong dadu
2 biji cili padi, cincang. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili
1 batang timun jepun, hiris nipis. Kalau timun biasa, buang bhg tengah yg berair
2 biji tomato, hiris nipis
3 sudu besar mayonis
perahan limau nipis atau limau kasturi
Daun salad
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
Boleh tambah capsicum merah atau hijau, potong dadu
boleh tambah kepingan Cheese
Sedikit butter  disapu pada roti
Roti

Cara-cara:
Caranya macam sandwich biasa. Campurkan semua bahan yang telah dilenyek, dipotong tadi. Rasa asam garamnya. Sapu butter pada roti, letakkan cheese. Kemudian letakkan bahan campuran tadi atas roti. Then letakkan salad. Letakkan sekeping roti di atas. Potong sandwich tersebut samada 4 bahagian atau 2 bahagian.
Quote anisa 3-4-2019 03:28 PM

kalau keluarga besar sangat sesuai sandwich cara ni, elakkan canned food, amalan pemakanan yang bagus dengan kos yang rendah
Quote anisa 3-4-2019 03:37 PM
Edited by anisa at 3-4-2019 03:50 PM

Sambung:

Bagi yang tak biasa buat ikan tongkol rebus (untuk dibuat sandwich), saya bagitau sedikit caranya.

Saya suka guna ikan tongkol size besar anggaran berat seekor 800gm – 1kg.
Ikan tongkol hitam lebih sedap.
Harga ikan tongkol murah je, anggaran harga RM 10-RM14 sekilo.
Bila beli ikan ni, untuk memudahkan kita, minta penjual ikan potong kpd beberapa bahagian.
Balik rumah cuci bersih ikan tu. Untuk hilang hanyir, boleh rendam sekejap dalam air asam jawa atau limau nipis.
Masukan ikan yang telag dibersihkan ke dalam periuk, masukkan 4 atau 5 keping asam keping dan garam secukupnya. Asam keping kena banyak untuk seimbangkan rasa ikan. Masukkan air hampir tenggelam ikan (lebihkurang 3/4 drp ikan). Rebus hingga masak dan hingga isinya agak lembut.


Quote anisa 3-4-2019 03:40 PM
sambung:

Bagi Ikan tongkol rebus lebihan buat sandwich biasanya saya akan buat masak kicap.

Caranya senang saja.
Goreng ikan tongkol yang telah direbus.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk. Boleh juga ditambah cili kisar.
Jika tiada cili kisar, boleh guna cili api yang telah dipotong.
Masukkan kicap dan sedikit stok air rebusan ikan.
Boleh tambah sos tiram
Masukkan cili merah dan bawang besar yang dah dipotong
Siap.
Quote anisa 3-4-2019 03:42 PM
Edited by anisa at 3-4-2019 03:48 PM


--delete---terpost banyak  kali, tadi hang

Quote ailies 4-4-2019 09:00 AM
Owh senang je!!!
Quote Nadina 29-5-2019 05:59 PM
Kecur air liur tertengok resepi ni bulan posa {:yameteh
Quote ninjago 31-5-2019 03:55 PM
tengok pun dah tahu sedap.. kecur2 air liur tengah pose nie. hahahaa
Quote Chick-Chick 16-7-2019 07:06 PM
Do you like pasta? I really like. Therefore, I will advise your favorite recipe.


Healthy Chicken Pasta Salad
Try it.

Ingredients
1 (16-ounce) package fusilli pasta
2 medium chicken breasts boneless and skinless
1 pint cherry tomatoes halved
1 large english cucumber peeled and sliced
1 small green bell pepper diced
1 small red bell pepper diced
1/2 small red onion diced
1 (8-ounce) jar Greek calamata olives drained and pitted
.....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.089185 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top