Seorang jutawan durian dari Thailand memuatnaik status yang menjadi heboh di media negara itu kerana menawarkan 10 buah kereta, sebuah rumah dan wang tunai 10 juta Baht (RM1.28 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya memikat hati anak gadis bongsunya.
Status yang memuatnaik gambar anaknya berusia 27 tahun itu juga memunjukkan beliau dengan timbunan wang di atas meja. Menurut portal berita Bangkok Post, lelaki itu yang bernama Anont adalah seorang usahawan durian yang berjaya di selatan Thailand di daerah Chumpon. Beliau ingin mencari pasangan untuk anak gadisnya kerana merasakan beliau sudah tua dan perlukan pewaris.
Bagaimanapun, jutawan itu menggariskan beberapa kriteria untuk menantunya. Antaranya mestilah boleh menulis dan membaca walaupun tidak semestinya ada kelayakan akademik tinggi, rajin dan bercita-cita tinggi, berjimat-cermat dan metilah sukakan durian. Ketika status itu mula tersebar, ramai menjangkakan ianya hanyalah gimik murahan. Bagaimanapun setelah menghubungi beliau dan anak gadisnya, Kansitta Rotthong, media mendapati tawaran itu adalah serius dan Kansita sendiri mengesahkan bahawa dia dan ahli keluarganya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada ayahnya. Dipercayai, kesemua tiga adik-beradik Kansitta yang lain telah berumahtangga kecuali beliau dan tidak ada seorangpun yang berminat untuk mewarisi perniagaan bapanya. Susulan tawaran itu, dikatakan ramai calon-calon telah menghubungi Anont itu untuk menawarkan diri. Bagaimanapun, keluarga jutawan itu belum membuat sebarang keputusan dan masih membuka peluang kepada ramai lagi lelaki untuk menghantar pencalonan. Semoga jutawan ini dapat menemui calon yang sesuai untuk anak gadisnya. Dan jika anda masih solo atau ada kekosongan, apa kata anda mencuba nasib? - CARI |
7
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saviour_09 replied at 7-3-2019 11:41 AM
aku baca mana ntah tadi
dah tarik balik dah tawaran ni
beribu2 org duk contact
Sang_Pencinta replied at 7-3-2019 11:45 AM
Hahaha
Marketing strategy je pulak??
mizruncing replied at 7-3-2019 12:23 PM
serius takde orrg nak?? klu kat malaysia ni berebut2 kot
ADVERTISEMENT