Seorang remaja lelaki menangis apabila ditahan polis kerana memasang tulisan BOSSKU pada plat motosikal yang ditunggangnya. Kejadian yang agak menggelikan hati itu dapat dilihat melalui rakaman video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook 'Aniq Aniq Khan' pada 26 Februari lalu.
Pada mulanya, seorang anggota polis mengarahkan remaja tersebut menanggalkan tulisan tersebut kerana ia tidak mematuhi undang-undang jalan raya. "Cabut, cabut, cabut. Mana ada orang bubuh nombor plat BOSSKU?" katanya. Sambil menangis, remaja yang ditahan di lokasi tidak diketahui itu mematuhi arahan anggota polis berkenaan. Raungan remaja tersebut menjadi semakin kuat apabila seorang anggota polis yang bercakap dalam loghat utara secara bergurau mengatakan dia ingin menggarinya. "Hang motor apa ni? Motor takda orang punya ni. Gari! Gari!" katanya. Setelah melihat dia meraung, mereka berhenti 'menyakat' remaja berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada saman dikeluarkan terhadap kesalahan tersebut. Patuhilah undang-undang jalan raya dan jangan memasang nombor plat kenderaan sesuka hati tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). - CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 2-3-2019 10:48 AM
Jenis ni lah yg yg LIKE 70ribu kat Tweet Najib tuh
kemaruk replied at 2-3-2019 10:55 AM
Atleast dia tak percaya hutang negara 1 trilion, najib bunuh altantuya, tak percaya tol mansuh ptp ...
pyropura: Dia bodo tak sekolah, mana dia tau pasal utang negara. Org bodo je pakai plet bossku
kivio: Kompem pi skolah kene nganjing.Tu pun kalau masih bersekolah la hehe
tikusmontok: At least dia tak tau pun hari ni pakaton menang esok masalah semua selesai. Yang percaya tu lebih bodoh
ADVERTISEMENT