CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Benarkah Bridesmaid Selalunya Menyusahkan Dan "Lebih Sudu Dari Kuah?"

21-2-2019 04:30 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8947| Komen: 27|Original author: Oleh: intan

Seolah menjadi kewajipan bagi setiap pengantin masa kini memerlukan pembantu ataupun dikenali sebagai "bridesmaid" dalam majlis perkahwinan mereka. Bridesmaid selalunya terdiri daripada sahabat rapat dan orang yang terpilih sahaja. 

Normal jika dilihat pengapit satu hingga dua orang, tapi kini jumlah bridesmaid atau pengapit ini boleh mencecah 10 orang dalam setiap majlis perkahwinan.



Tapi sebenarnya, apakah fungsi sebenar bridesmaid? Adakah fungsi mereka dalam majlis hanya sebagai 'penyedap' gambar ataupun sebaliknya? Seharusnya kehadiran pengapit dapat membantu melancarkan sesebuah majlis perkahwinan namun ada juga yang menjadi beban seperti menganggu perjalanan majlis dan menyusahkan orang sekeliling.


Ikuti perkongsian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Amirul Ruslam di Twitter ini. Beliau meluahkan rasa kekesalan kerana ada sesetengah bridesmaid tidak memberi laluan kepada keluarga pengantin untuk mengambil gambar dek perangai mementingkan diri mereka-mereka ini.

Benarkah bridesmaid selalunya menyusahkan dan "Lebih Sudu dari Kuah?"

Kebanyakan netizen bersetuju mengenai teguran jurugambar tersebut dan berpendapat bahawa berlebihan pengapit sebenarnya tidak bagus dan selalunya menyusahkan kepada keluarga pengantin. Pepatah lebih sudu dari kuah amat sesuai menggambarkan bridesmaid yang hanya tahu bergambar dan tidak menghulurkan bantuan sepanjang majlis.


Turn nak ambil gambar, mereka yang paling lama...


Carikan bridesmaid yang tak lawa, baru pengantin naik seri..


Acah lawa, pakai duit orang..



Pendapat anda bagaimana? Secara logiknya, apa apa yang berlebihan memang akan memudaratkan. Betul tak? - CARI 



6

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimz 21-2-2019 04:41 PM
Aku xde bridesmaid bagai2 fokus aku nak kawen je {:love
Quote lee_sakura 21-2-2019 04:55 PM
bg aku diorg ni tak menghormati keluarga pengantin
Quote brego 21-2-2019 05:07 PM
mengada ngada siap nak bridesmaid bagai.
pwincess syndrome much.
Quote pearl.silver 21-2-2019 05:20 PM
Masa member kawen, kami sebagai bridesmaid bergambar sesama kami je.. Dlm hp xbyk gambo ngn pengantin sbb pengantin sibuk bergambo ngn family n frens..
Di hujung majlis disitu lah fungsi kami.. Memeriahkn gambo outdoor pengantin {:run
Quote intan_smsb 21-2-2019 05:22 PM
aku malas dah nak kawen lagik boleh tak
Quote Artemesiaa 21-2-2019 05:32 PM
Elok hentikan jer habit nak berbridemade ni dan balik kepada tradisi yang asal tumpuan hanya pada pengantin
Quote insulin 21-2-2019 05:37 PM
intan_smsb replied at 21-2-2019 05:22 PM
aku malas dah nak kawen lagik boleh tak

Malas dah nak kawen? Tak faham la. Kak Intan ni ibu tunggal ke?
Quote buapakperut 21-2-2019 05:37 PM
bukan pengantin ke yg nak pengapit ni semua, salahkn pengantin la
Quote CiliPadiSedap 21-2-2019 06:41 PM
Sis vokuru jd bridesmaid kaka ye
Quote wirazam 21-2-2019 06:47 PM
brego replied at 21-2-2019 05:07 PM
mengada ngada siap nak bridesmaid bagai.
pwincess syndrome much.

western culture....takde bridesmaid, tak urban lahh

org cina kawin pun takde berbrides maid semua nih...buang duit je...better spend kat honeymoon
Quote lasagnaklcc 21-2-2019 07:59 PM
I kawen taknak bridesmaid.

Cukup la jadi bridesmaid byk kali. Tak minat tapi demi kawan terpaksa merelakan diri.
Quote nishikido 21-2-2019 09:13 PM
I dah lama perasan.. bridesmaids ni fungsi dia buat pencantik gambar pengantin je.padahal yg berpeluh ketiak tolong ko jayakan majlis sedara mara sepupu sepapat sebenarnya..tapi gambar dalam album selai dua jah.yg lain penuh gambar dgn bridesmaids jah..i dulu xde bridesmaids sebab dari dulu xberkenan..
Quote 234126 21-2-2019 09:39 PM
Tak pernah rasa nak bergambar dgn pengantin unless pengantin desak nak bergambar haha iol x suka ganggu lebih2 majlis orang. Iol simpan gambar pengantin atas pelamin je if they are so important to me
Quote bezita60 21-2-2019 09:48 PM
Poyonya nk bridesmaids bagai.
Adat dan sunnah mana kau ikut?
gedik berkerak tak sedar diri..
Quote biskutraya 21-2-2019 11:25 PM
Tak payah la bridesmaid bagai... Nanti nak tema sama la, baju sama la. Yg keluar duit pengantin jugak. Suh bayar kang kompem la takmo.. Huhuh..
Quote whitePoison 21-2-2019 11:35 PM
Membazir je bridesmaids ni..tapi kalau nak buat pun ok juga..Kalau boleh biar family dulu bergambar.
Quote Eva_yy_Ellin 22-2-2019 07:46 AM
Nope. Tak berminat dengan bridesmaids ni.
Kalau setakat berfungsi hanya untuk mencantikkan gambar baik tak payah.
My own big family dah cukup. Gambar cantik, majlis lancar, ringan tulang, family happy.
Quote mieymiey 22-2-2019 08:21 AM
nishikido replied at 21-2-2019 09:13 PM
I dah lama perasan.. bridesmaids ni fungsi dia buat pencantik gambar pengantin je.padahal yg berpelu ...

Ni i setuju. Bridesmaid tu dah sah-sah datang cecantik, dalam album hampir semua gambar muka dia ada. Yang berkecek ketiak membanting tulang nak jayakan majlis, tu haaa sedara mara. Tapi dalam album, gambar candid diorang tengah suap makanan jer ada.
Quote salmon-suki 22-2-2019 09:05 AM
Persoalannya,what's the function of the bridesmaid?nak tiru omputeh pny wedding laa kan,baru nmpk gahbaru nmpk ala2 berkelasssss gitu tp both pengantin ngn bridesmaid nan hado?puihhhhh laaa..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.158880 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top