Seolah menjadi kewajipan bagi setiap pengantin masa kini memerlukan pembantu ataupun dikenali sebagai "bridesmaid" dalam majlis perkahwinan mereka. Bridesmaid selalunya terdiri daripada sahabat rapat dan orang yang terpilih sahaja.
Normal jika dilihat pengapit satu hingga dua orang, tapi kini jumlah bridesmaid atau pengapit ini boleh mencecah 10 orang dalam setiap majlis perkahwinan.
Tapi sebenarnya, apakah fungsi sebenar bridesmaid? Adakah fungsi mereka dalam majlis hanya sebagai 'penyedap' gambar ataupun sebaliknya? Seharusnya kehadiran pengapit dapat membantu melancarkan sesebuah majlis perkahwinan namun ada juga yang menjadi beban seperti menganggu perjalanan majlis dan menyusahkan orang sekeliling.
Ikuti perkongsian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Amirul Ruslam di Twitter ini. Beliau meluahkan rasa kekesalan kerana ada sesetengah bridesmaid tidak memberi laluan kepada keluarga pengantin untuk mengambil gambar dek perangai mementingkan diri mereka-mereka ini.
Benarkah bridesmaid selalunya menyusahkan dan "Lebih Sudu dari Kuah?"
Kebanyakan netizen bersetuju mengenai teguran jurugambar tersebut dan berpendapat bahawa berlebihan pengapit sebenarnya tidak bagus dan selalunya menyusahkan kepada keluarga pengantin. Pepatah lebih sudu dari kuah amat sesuai menggambarkan bridesmaid yang hanya tahu bergambar dan tidak menghulurkan bantuan sepanjang majlis.
Turn nak ambil gambar, mereka yang paling lama...
Carikan bridesmaid yang tak lawa, baru pengantin naik seri..
Acah lawa, pakai duit orang..
Pendapat anda bagaimana? Secara logiknya, apa apa yang berlebihan memang akan memudaratkan. Betul tak? - CARI
|