Biasalah hidup berumah tangga, mesti ada pasang surutnya. Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, cinta Datin Alyah dengan Datuk Ramli MS masih utuh.
Sebelum ini kecoh juga bila pasangan ini bergaduh. Habis semua orang tahu sebab Datin Alyah ada memuat naik status emosi. Tambah pula mereka belum lagi dikurniakan anak, mungkin ada banyak masalah yang ditanggung. Baru-baru ini Alyah memuat naik gambar Datuk Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram di Instagram. Rindu katanya.
Ini sangat 'rare' sebab sejak kahwin memang jarang sangat Alyah atau Tok Ram muat naik gambar pasangan masing-masing. Di ruangan komen, ramai yang membuat spekulasi mereka bergaduh lagi.
Ada yang menasihati Alyah agar cerita dalam kelambu tak usah diceritakan kepada umum. Tak ada kebaikan apa pun. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Mungkin tak gaduh pun, apa salahnya nak luah rindu pada suami sendiri kan? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|