CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Minum Susu Mentah, Bakteria Masuk Dalam Badan

19-2-2019 12:26 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3673| Komen: 0|Original author: Oleh: Nia M

Description: Ramai orang yang gemar minum susu mentah yang diperah terus dari haiwan, umpamanya kambing. Susu mentah ini dikatakan mempunyai banyak khasiat dan lebih pekat dan lebih pekat rasanya.Namun begitu, and ...
Ramai orang yang gemar minum susu mentah yang diperah terus dari haiwan, umpamanya kambing. Susu mentah ini dikatakan mempunyai banyak khasiat dan lebih pekat rasanya.

Namun begitu, anda haruslah ingat bahawa susu mentah tidak sama dengan susu segar. Susu mentah ialah susu yang tidak melalui proses pempasteuran terlebih dahulu, manakala susu segar dipasteurkan dahulu, iaitu dipanaskan dengan suhu tinggi, bertujuan mematikan bakteria supaya susu selamat diminum. 

Gambar hiasan : cricketcreekfarm

Di Amerika Syarikat, kes serangan bakteria melalui susu mentah semakin menjadi-jadi dan kini melibatkan 19 negeri. Walaupun pihak berwajib AS telah memberi amaran tentang susu mentah yang berkemungkinan membawa bakteria bahaya, orang ramai masih tidak memandang serius isu ini.


Pada hujung tahun 2018, seorang penduduk New York disahkan menghidap penyakit berjangkit  brucellosis setelah minum susu mentah dari Miller's biodiversity farm di Pennsylvania. 

Maka, Unit Kawalan telah menjalankan siasatan dan mengesahkan susu dari ladang tersebut mempunyai bakteria Brucella. Ia juga mendapati rangkaian susu ini telah terjual di satu pertiga kawasan Amerika Syarikat. 

Ini adalah kali ketiga susu mentah menyebabkan brucellosis sejak tahun 2017. Sejak pempasteuran diperkenalkan pada abad ke 19, banyak nyawa yang dapat diselamatkan. Dengan memanaskan susu pada suhu yang tinggi, bakteria dan kuman yang berada di dalam susu dapat dihapuskan. 

Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong minum susu mentah kerana mendakwa susu yang dipasteurkan tidak sihat, dan boleh mendatangkan alergik. 

Rasanya, lebih baik pilih jalan selamat dan minum sahaja susu segar yang telah melalui proses pempasteuran. Usahlah menafikan bukti yang nyata di depan mata. -CARI
5

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.039094 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top