CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Ramainya Membawang Pasal Artis, Diri Sendiri Tu Maksum Ke?"

7-2-2019 11:04 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3426| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza




Apabila semua orang boleh melontarkan pandangan masing-masing dengan bebas, maka ramai yang merasakan ia satu lesen untuk menulis apa sahaja biar pun ia mengguris perasaan orang lain. Antara yang menjadi mangsa kecaman atau siber buli pastinya artis yang penampilan mereka sentiasa boleh diakses menerusi media sosial.

Terbaharu, kita dikejutkan dengan komen tidak matang atau menghina penampilan artis oleh segelintir netizen di Facebook. Pelbagai kata yang tidak elok diungkapkan oleh segelintir golongan ini malahan boleh dikatakan banyak komen lucah yang bertujuan menghina. Amat memalukan apabila yang memberi komen ini adalah orang Melayu yang jati dirinya adalah sopan santun dan lemah lembut kala berbicara. Melayu sekarang memang tak tahu malu?


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Twitter

Mungkin ada yang menganggap komen pada busana yang dipakai Wany Hasrita boleh diterima kerana tiada unsur-unsur keterlaluan (kecuali komen bulu ketiak), namun bagaimana pula dengan komen terhadap 3 artis lain iaitu Ismail Izani, Zizi Kirana dan Chacha Maembong? Adakah ia juga dikategorikan sebagai bergurau?

Kredit foto: Twitter

Malaysia kini didiami oleh kebanyakan netizen yang merasakan mereka boleh menghakimi orang lain berdasarkan penampilan mereka semata-mata. Kononnya dengan iniasiatif mahu memberi teguran tetapi penuh dengan kata cercaan. Ataupun sekadar bergurau tetapi dengan perkataan yang sangat meloyakan. Malahan apabila dinyatakan perbuatan itu salah, mereka akan menyalahkan pemberi teguran itu pula kerana menegakkan maksiat.


Kredit foto: Twitter

Dengan teguran sarkastik kepada artis, adakah ia disampaikan dengan penuh hemah hingga ia memberikan impak positif kepada orang sekeliling? Atau adakah ia sebenarnya menjauhkan lagi golongan yang ditegur dengan nilai-nilai murni?

Kredit foto: Twitter


Apabila menghakimi dijadikan budaya global, ia membuatkan ramai yang berasa berhak memberi pandangan. Ada yang menyatakan Facebook bertoksik kerana komen-komen yang ditinggalkan. Bukanlah bermakna mahu menyanjung artis atau menjadikan mereka role model, tetapi perbuatan menegur dengan mencerca seperti menyamakan artis dengan pelacur adalah tindakan keterlaluan!


Kredit foto: Carian Internet

Orang Melayu sejak dahulunya terkenal dengan bangsa penuh adab dan lemah lembut. Jika tidak masakan ada pepatah mengatakan 'Biar mati anak, Jangan mati adat.' Namun adakah ianya bakal berakhir dengan generasi terlampau masa kini? - CARI 


9

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MentariSenja 7-2-2019 11:33 AM
Betul lah tu....kadang2 kita ngutuk orang macam kita dah perfect sangat dah. Peringatan untuk diri meol sendiri juga....kita kutuk aurat orang tapi tanpa sedar jari2 kita menaip benda yg tak baik...insof kejap...
Quote MadameOnion 7-2-2019 12:15 PM
tapi gambar zizi kirana tu mmg beza betul dengan gambar2 yg dia upload kat ig
Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:22 PM
Setujuk dengan kenyataannya tu.  Bab mengutuk orang lain dialah juaranya tapi dia terlupa yang dirinya sendiri pun banyak kekurangannya.  Dikalangan ahli keluarganya sendiri pun dia tak mampu nak nasihat atau betulkan.  Kehidupannya sendiri pun belum benar2 sempurna atau masih tunggalang langgang.  Kesalahan yang dia sendiri banyak lakukan pun dia sendiri tak perasan atau buat2 tak perasan tapi gigih nak membetulkan kepenampilan dan kehidupan orang lain.  Hasilnya dia sendiri menambah dosa pada orang dan bukannya pahala seperti yang dia harapkan.
Quote armin 7-2-2019 01:44 PM
Fungsi bod gosip pun bukan utk netizen membawang ke? Lol
Quote None68 8-2-2019 04:56 PM
Dah nama pun gossip mestilah membawang..yg acah2 xde dosa jgn la masuk sini.
Quote chinta89 11-2-2019 05:01 PM
kalau hati x kental x pyh jd retis. kenapa retis skg hati tisu sgt?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071447 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top