Apabila gaya hidup mewah Insta Famous dijadikan panduan, maka pemilik status tersebut perlu bersedia menghadapinya dengan pelbagai pujian atau kecaman. Begitulah terjadi kepada Mina yang meletakkan IG Story mengenai Cik Epal (blogger) dengan hasrat untuk berkongsi mengenai cara idolanya ber'shopping' di butik mewah, namun mendapat kecaman kerana dituduh kaya menunjuk-nunjuk. Bagi Mina, dia seronok melihat gaya Cik Epal membeli belah dan beinteraksi dengan para peminatnya, malahan ramai pengikut Cik Epal yang mahukan ia direkod, namun lain pula jadinya apabila diletakkan di Twitter. "Tali beg Dior ja dah gaji I berapa bulan. I tak bitter pun, tapi tumpang happy, lagi pula memang follow dia since kat blog lagi." Berikutan itu, ramai yang memberi kritikan kerana Cik Epal acah-acah kaya dengan merakam video dari awal sehingga habis seolah-olah meminta perhatian. Malahan bertanyakan pengikutnya pula untuk membuat pilihan beg juga adalah seperti memperlekehkan kerana harganya yang mencecah belasan ribu ringgit. Apatah lagi blogger tersebut membayarnya secara tunai membayangkan dia membawa duit yang banyak setiap masa sangat mendedahkannya dengan bahaya. Bagi sesetengah netizen, membayar secara tunai dengan merekodkan transaksi tersebut sudah menjelaskan niat Cik Epal kerana mahu menunjuk-nunjuk. Lalu timbullah pelbagai kata-kata seperti "Orang betul-betul kaya tak tunjuk wang tunai mereka." jadi ini bukanlah inspirasi yang perlu dicontohi. Bagaimanapun, ia disanggah oleh mereka yang telah menjadi pengikut Cik Epal sejak sekian lama lagi. Ini kerana pasangan suami isteri ini sememangnya suka berkongsi apa sahaja di blog mereka dan ini secara tidak langsung menambah ilmu kepada mereka yang tidak mampu memiliki barangan tersebut. "Dia tunjuk harga semua ni sebab senang tak payah jawab DM orang tanya harga. Followers ramai je mintak dia rekod masuk kedai gini sebab tak berani masuk, jadi bila tengok video ni, dapatlah rasa suasana kedai macam mana." Sebenarnya ada pro dan kontra bila video sebegini tular. Pengikutnya akan menganggap itu sebagai ilmu baru manakala mereka yang tidak mengenalinya pula akan mengatakan dia berlagak. Tetapi ada juga yang cuba mengira harga barangan mewah selebriti tanah air. Maklumlah, pendapatan orang tidak sama antara satu sama lain. Ada orang RM12 ribu itu harga 'handbag' dia saja. Ada orang dengan wang sebanyak itulah duit dapurnya untuk setahun. Jadi, bahagia itu sendiri berbeza-beza. Jadi betul ke Cik Epal menunjuk-nunjuk? Ini jawapan pengikutnya dan Cik Epal juga menjawab tentang gaya hidupnya. Pakar motivasi ada berkata konsep hidup itu mudah. Biar lah orang lain nak beli apa sekalipun, sebab tidak menggunakan duit kita. Bila dia kongsikannya di media sosial, itu platform dia. Jika kita rasa dia menunjuk, masalahnya pada hati kita. Jadi, apa pula pendapat anda? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|