CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16476|Reply: 60

Tayang Video Membeli Di Butik Mewah, Insta Famous Dituduh Acah-Acah Kaya. Rupany

[Copy link]
Post time 7-2-2019 09:46 AM | Show all posts |Read mode



Apabila gaya hidup mewah Insta Famous dijadikan panduan, maka pemilik status tersebut perlu bersedia menghadapinya dengan pelbagai pujian atau kecaman. Begitulah terjadi kepada Mina yang meletakkan IG Story mengenai Cik Epal (blogger) dengan hasrat untuk berkongsi mengenai cara idolanya ber'shopping' di butik mewah, namun mendapat kecaman kerana dituduh kaya menunjuk-nunjuk.



Bagi Mina, dia seronok melihat gaya Cik Epal membeli belah dan beinteraksi dengan para peminatnya, malahan ramai pengikut Cik Epal yang mahukan ia direkod, namun lain pula jadinya apabila diletakkan di Twitter.






"Tali beg Dior ja dah gaji I berapa bulan. I tak bitter pun, tapi tumpang happy, lagi pula memang follow dia since kat blog lagi."


Berikutan itu, ramai yang memberi kritikan kerana Cik Epal acah-acah kaya dengan merakam video dari awal sehingga habis seolah-olah meminta perhatian. Malahan bertanyakan pengikutnya pula untuk membuat pilihan beg juga adalah seperti memperlekehkan kerana harganya yang mencecah belasan ribu ringgit. Apatah lagi blogger tersebut membayarnya secara tunai membayangkan dia membawa duit yang banyak setiap masa sangat mendedahkannya dengan bahaya.









IG Story




Bagi sesetengah netizen, membayar secara tunai dengan merekodkan transaksi tersebut sudah menjelaskan niat Cik Epal kerana mahu menunjuk-nunjuk. Lalu timbullah pelbagai kata-kata seperti "Orang betul-betul kaya tak tunjuk wang tunai mereka." jadi ini bukanlah inspirasi yang perlu dicontohi.








Twitter



Bagaimanapun, ia disanggah oleh mereka yang telah menjadi pengikut Cik Epal sejak sekian lama lagi. Ini kerana pasangan suami isteri ini sememangnya suka berkongsi apa sahaja di blog mereka dan ini secara tidak langsung menambah ilmu kepada mereka yang tidak mampu memiliki barangan tersebut.

"Dia tunjuk harga semua ni sebab senang tak payah jawab DM orang tanya harga. Followers ramai je mintak dia rekod masuk kedai gini sebab tak berani masuk, jadi bila tengok video ni, dapatlah rasa suasana kedai macam mana."










Twitter



Sebenarnya ada pro dan kontra bila video sebegini tular. Pengikutnya akan menganggap itu sebagai ilmu baru manakala mereka yang tidak mengenalinya pula akan mengatakan dia berlagak. Tetapi ada juga yang cuba mengira harga barangan mewah selebriti tanah air.















Maklumlah, pendapatan orang tidak sama antara satu sama lain. Ada orang RM12 ribu itu harga 'handbag' dia saja. Ada orang dengan wang sebanyak itulah duit dapurnya untuk setahun. Jadi, bahagia itu sendiri berbeza-beza. Jadi betul ke Cik Epal menunjuk-nunjuk? Ini jawapan pengikutnya dan Cik Epal juga menjawab tentang gaya hidupnya.








IG




Pakar motivasi ada berkata konsep hidup itu mudah. Biar lah orang lain nak beli apa sekalipun, sebab tidak menggunakan duit kita. Bila dia kongsikannya di media sosial, itu platform dia. Jika kita rasa dia menunjuk, masalahnya pada hati kita. Jadi, apa pula pendapat anda? - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon kagums dgn cik epal tu... memang kayasa betol!{:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 10:14 AM | Show all posts
spender harga RM4k
adakah boleh pakai sebulan tanpa basuh masih tetap wangi ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 10:18 AM | Show all posts
rasa cik epal ni dlm blog jek dlu tgk.. zaman aku study2 dlu.. ni skrg ni dia da kaya niaga apa sebenarnya beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn percaya sgt what us potrayed on ig

Most of them are delisuonal
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia born rich ke sekadar menumpg reta hubby?or ape kje dia?

Tp knape kt porem skrg suka sgt sedut komen2 drpd socmed,pstu postkn kt sini?mana first-hand berita?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2019 10:36 AM | Show all posts
kalau kaya sangat pun perlu ke nak shopping buat live kat ig..
siap tanya tu berapa ni berapa..
kampung sangat style..
orang betul kaya berduit takde tanya harga kot..
dorang tanya cantik ke tak je dorang pakai..
klu nampak cantik on them, dorang rembat je semua..
tak de acah-acah tanya nak pilih mana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:01 AM | Show all posts
aku sorang je ke tak kenal sapa dia ni? ramai rupanya yang sakit cam alip syukri, sajat, safiey...kesian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun ko hado????biar lah dia nk beli yg berbelas riban pun..duit dia kannn..dia tak la mcm dato vida yg mmg tunjuk kaya raya gilo2..dia ni just share sbb tu yg followers dia nk tgk..simple
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik epal ni mcm ok je, iols menyampah dgn laki nye, dlu penah viral konon romantikus la,ig folow binik sj nmpk sgt xde kawan.. Pas tu iolss tgk dorg lakibinik ni mmg suka bg tau sesiap berapa harga sekian2, dah tu asyikla g korea.. Apa bisnes dorg buat huh selain laki ny suka buat iklan stok sendiri choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:18 AM | Show all posts
org baru merasa nk kaya mmg akan show off die kaya...kesian org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm byk2 instafemes yg kaki tayang aku boleh hadam bragging si epal ni je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:33 AM | Show all posts
Kaya sebab business fair fit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:50 AM | Show all posts
dedulu follow gak blog dia.. tgk biasa2 je. dorg buat bisnes apa nie skrg kaya raya camnie??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
laki sheolss bkn ke bt forex?? skrg nie xtau apa cite.. dh lama xfollow sheolss..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:26 PM | Show all posts
beza org baru kaya dan org yg memang dilahirkan kaya raya..baru kaya contoh camnilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar replied at 7-2-2019 10:18 AM
rasa cik epal ni dlm blog jek dlu tgk.. zaman aku study2 dlu.. ni skrg ni dia da kaya niaga apa sebe ...

Produk baru dia jus FairFit. Hit sales target rm1mil within 10 months katanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 7-2-2019 12:35 PM
Produk baru dia jus FairFit. Hit sales target rm1mil within 10 months katanya

Jus diet kan.
goncang goncang goncang haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:41 PM | Show all posts
Yang baru nak merasa kaya selalu suka buat sebegini yang betul2 kaya raya tak berminat nak pose dalam media social macam mereka2 ni.  Tak perlu gigih nak promosi diri sebab hanya yang benar2 kenali mereka je tahu siapakan mereka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 12:56 PM | Show all posts
mst bisnes kow2 ni..projek riban2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064890 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list