Majoriti dari kita mesti pernah bercuti bersama keluarga besar untuk meraikan hari keluarga? Perancangan hari keluarga selalunya akan dibuat setahun awal dan kutipan duit akan dibuat setiap bulan. Pada hari tersebut, ahli keluarga akan keluar berjalan-jalan, berehat di hotel dan ada juga yang bermain permainan. Rasanya main permainan di antara ahli keluarga paling best kan? Waktu bila lagi anda boleh bergelak ketawa dan kalahkan sepupu kan? Permainan pada hari keluarga yang terkenal seperti cari gula-gula dalam tepung dan bawa bola ping pong atas sudu kadangkala terasa seperti bosan dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. Jadi di sini kami senaraikan 8 permainan untuk hari keluarga yang best, enjoyable dan yang paling penting, sesuai untuk pakcik makcik yang dah tua! 1. Pistol Air Untuk permainan
ini, anda hanya perlukan bola dan pistol air (pastikan pressure air kuat).
Rasanya daripada gambar pun korang dah faham kan? Bola siapa sampai dulu dia
menang! 2. Teka Perkataan Game ni siapa je
yang tak tahu kan sekarang? Kadang-kadang tengah lepak mamak pun boleh main. Untuk
game ni, korang kena lakonkan atau bagi hint tentang perkataan di dahi pemain. Antara
apps yang ada game ini adalah Heads Up! dan CharadesApp. 3. Lari Dalam Plastik Sampah Masihkah korang
ingat permainan lari dalam guni masa sukaneka dulu? Permainan ini menggunakan
konsep yang sama tetapi plastik sampah sebagai sarungnya. Sambil lari tu,
jangan lupa tolak orang sebelah! 4. Tarik Tali Individu Permainan ini
berbeza dengan permainan tarik tali normal yang memerlukan ramai orang dan
tenaga yang banyak. Apa yang anda perlukan adalah tali yang panjang dan bangku
kecil. Cara permainannya pula adalah, tarik tali itu sehingga pihak lawan jatuh
dari bangku. Tapi tidak semudah itu, tricknya adalah korang boleh lepaskan
genggaman tali itu dan buatkan pihak lawan jatuh semasa menarik tali. Hati-
hati! 5. Pijak Belon Untuk permainan ini, ikat belon di
pergelangan kaki anda. Anda hanya perlu letupkan belon pihak lawan dengan
memijak dan lindungi belon korang sendiri. Jangan terpijak kaki pula ya! 6. Seimbangkan Baldi Kerjasama
amatlah diperlukan untuk game ni. Caranya adalah dengan mengikat tali di sekeliling
baldi dan semua orang memainkan peranan untuk menjatuhkan bola ke dalam tempat
yang disediakan. 7. Lumba Lari Berpasangan Untuk yang ini
pula, ikat kaki kanan dan kiri dua orang dan mereka perlu berlari sehingga ke
garisan penamat. Siap sedia jika ada yang jatuh! 8. Jatuhkan Botol Permainan ini
agak mudah dan menarik. Anda hanya perlukan bola tenis dan sarung kaki wanita
(atau apa-apa yang sama). Ikat sarung kaki itu di kepala dan jatuhkan botol air
sebanyak mungkin. Jangan terhantuk kepala pula ya. Tunggu apa lagi? Share di group WhatsApp
family sekarang! -CARI |
KimmyChan replied at 6-3-2019 12:29 PM
Sungguh menarik! Selain itu, anda boleh menyambut hari keluarga dengan mengambil pembantu rumah un ...
ADVERTISEMENT