Seorang kanak-kanak lelaki di China sanggup berbohong kepada ibu bapanya dan pihak berkuasa kononnya dia diculik semata-mata untuk mengelak daripada membuat kerja rumah. Ketika memberi keterangan kepada pihak polis, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dari bandar Shaying di Chongqing itu mendakwa kejadian tersebut berlaku semasa dia dalam perjalanan ke sekolah pada 17 Januari lalu. Memetik laporan South China Morning Post pada 30 Januari, kanak-kanak itu berkata demikian dalam rakaman video yang tular baru-baru ini. Budak lelaki tersebut menjelaskan, seorang lelaki dan seorang wanita menariknya masuk ke dalam sebuah van. Katanya, dia akhirnya berjaya melarikan diri dengan membuka pintu van apabila kedua-dua 'penculiknya' itu terleka ketika berbual di telefon dan dia seterusnya bersembunyi di sebalik semak sehingga mereka beredar dari lokasi kejadian.
Tidak dapat dipastikan berapa lama kanak-kanak lelaki berkenaan hilang namun polis akhirnya mengesan dia tidak menceritakan perkara yang sebenar. Ketika disoal, budak lelaki itu menyatakan dia cuma mereka-reka cerita kerana tidak mahu membuat kerja rumah. Beg sekolah yang mengandungi kerja rumah yang belum disiapkan seterusnya ditemukan di sebuah tempat letak kereta dan dia mengakui membuang beg itu di lokasi tersebut. Harap-harap murid-murid sekolah di Malaysia tidak meniru perbuatan tidak bertanggungjawab ini semata-mata kerana malas untuk menyiapkan kerja rumah. -CARI |
12
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dineo: kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu
kaklong32 replied at 1-2-2019 05:11 PM
china ni selalu kes bukan2
dineo replied at 1-2-2019 01:12 PM
kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu
cmf_premierleag replied at 1-2-2019 02:19 PM
stress sgt ke life ko dik???
dineo replied at 1-2-2019 01:12 PM
kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu
ADVERTISEMENT