Asyik makan nasi goreng, pernah tahu apa itu Sindrom Nasi Goreng? Kalau tidak, teruskan membaca dan kalau pernah tahu pun baca juga lagi. Sindrom Nasi Goreng terjadi apabila bakteria Bacillus cereus yang membiak berganda-ganda dalam makanan seperti nasi yang telah masak, susu dan formula susu bayi terdedah pada suhu bilik dalam jangka panjang. Bakteria ini akan menyebabkan Sindrom Nasi Goreng jika anda memakan makanan yang terdedah itu. Kesannya pada tubuh termasuklah cirit-birit, muntah-muntah dan kekejangan pada abdomen. Kebiasaannya, sindrom ini boleh dirawat di rumah sahaja dengan meminum banyak air. Namun, jangan pandang enteng kerana isu ini juga tidak boleh dipandang mudah.
Sumber Foto : Next Shark Pada Julai 2016, seorang wanita berusia 62 tahun, Germaine Mobley telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sindrom ini. Dia mendakwa bahawa terkena sindrom ini selepas memakan nasi goreng di sebuah restoran di luar Dallas. Berikutan itu, dia dipantau di unit rawatan rapi (ICU) selama lapan hari. Seorang pakar kulinari, Celeste Rogers menjelaskan bahawa; "Biasanya selepas memasak nasi, kita akan tinggalkannya dengan suhu bilik untuk menyejukkannya. Dalam tempoh masa itu kita dapat perhatikan bahawa nasi tersebut mengambil masa paling lama adalah enam jam untuk menyejukkannya." katanya dalam temubual bersama Inside Edition. Celeste Rogers juga menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menggoreng nasi dan ingin menyejukkannya dengan cepat, nasi perlu dihamparkan pada permukaan yang rata dan besar. Bila sudah sejuk, ramuan yang lain bolehlah dimasukkan bersama dan dimasak. Jadual di bawah daripada laman sesawang Food Safety yang telah diterjemahkan ke bahasa Malaysia. Berjumpa dengan doktor jika keadaan berterusan. Justeru, peringatan kepada anda yang suka makan nasi sejuk dan memasak nasi goreng, pastikan makanan kita selamat dan bersih jika tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana Sindrom Nasi Goreng. - CARI |
9
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sinalegna replied at 31-1-2019 11:18 AM
Go away la mat saleh.. take that damn white culture back with you
First u reject palm oil & now t ...
seri_mawr replied at 31-1-2019 11:36 AM
makan nasi goreng ada telur lalat mmg boleh sakit perut...
hahahhaha
akakdendeng replied at 31-1-2019 11:33 AM
kt makan nasi goreng seminggu 2,3 kali kot...insyaallah tak ada apa2...
seri_mawr replied at 31-1-2019 11:36 AM
makan nasi goreng ada telur lalat mmg boleh sakit perut...
hahahhaha
bulan_gerhana replied at 31-1-2019 11:50 AM
iiols x bole telan dan nasi goreng.. x tau nape... mcm dah tahap boring gilller
kalo iols buat a ...
PristineOne replied at 31-1-2019 11:51 AM
Pokchik idup dari kechik sampai.dah nak pencen....hantam nasik goreng pagi petang....hidup pulak.... ...
sinalegna replied at 31-1-2019 11:18 AM
Go away la mat saleh.. take that damn white culture back with you
First u reject palm oil & now t ...
shamsadis replied at 31-1-2019 12:13 PM
maybe the restaurant use old days rice , and then they blame nasi goreng
mizruncing replied at 31-1-2019 12:19 PM
seram plak baca. dh la selalu buat nasi goreng
haryatie replied at 31-1-2019 12:25 PM
makan apa pun kalau x jaga kebersihan dpt penyakit
ADVERTISEMENT