Wah, rasanya dalam banyak-banyak cabaran #10YearsChallenge, entri pelakon Rita Rudaini paling win! Kenapa? Menerusi Instagramnya, Rita memuat naik foto sekitar 10 tahun lalu bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan selepas ramai peminat meminta dia melakukan cabaran itu dengan kapsyen "Tak sampai hati nak crop".
Menunaikan hasrat peminat, Rita akui perubahan dialami selama 10 tahun ini banyak memberi pengajaran dan kenangan dalam hidupnya. Ramai kagum dengan semangat Rita yang tidak berdendam dengan kisah lalu selain memuji penampilannya yang seolah-olah tidak dimamah dek zaman. Bagaimanapun, ramai juga yang menduga perkongsiannya itu bakal mengundang kecaman pihak lain terutama makcik bawang.
Dan terbukti, berduyun-duyun kecaman membanjiri ruangan komen IG Rita. Tetapi, semua komen negatif itu dipercayai telah dipadam tuan punya akaun dan hanya satu tersisa yang sempat penulis rakam gambarnya (screenshot). Rita sebelum ini berkongsi hidup dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Patut atau tidak Rita berkongsi gambar bekas suami sebagai kenang-kenangan di laman sosial? - CARI
|
ADVERTISEMENT