CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihentam Dengan Cangkul Kerana 'Jasa' Hubungan Sejenis Tak Dibayar

30-1-2019 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4897| Komen: 29

Seorang pengusaha kerepek pisang di Mempawah, Kalimantan Barat maut dibunuh dengan cangkul oleh seorang pelajar, pada awal pagi Isnin, lapor Tribun News.

Sehubungan itu, polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun pada Selasa.


Kredit foto: Tribun News

Hasil siasatan, motif pembunuhan itu dipercayai didorong perasaan tidak puas hati kerana mangsa, Haryanto, 40, tidak menunaikan janji untuk membayar 500,000 rupiah (RM145) kepada suspek selepas melakukan hubungan seksual sejenis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang sudah lama mengenali suspek menawarkan remaja terbabit pekerjaan membuat kerepek pisang menerusi Facebook kerana mendapat pesanan yang banyak.


Suspek sempat bekerja selama empat hari dengan upah sebanyak 15,000 rupiah (RM4) bagi setiap kilogram kerepek pisang dihasilkannya.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, mangsa mengajak suspek melakukan hubungan seksual dan menjanjikannya bayaran.

Namun, selepas melakukan hubungan terlarang itu, mangsa terus tidur tanpa memberi bayaran kepada remaja terbabit.

Menurut jurucakap polis, Alik R Rosyad berkata, suspek  yang berang kerana perlu pulang ke Pontianak pada malam itu kemudian mengambil cangkul dan menghentam kepala mangsa yang sedang tidur.


Kredit foto: Detik News

Suspek dikatakan menghentam kepala mangsa dengan cangkul itu beberapa kali hingga tempurung kepalanya retak.

Selepas membunuh lelaki itu, suspek melarikan diri ke Pontianak bersama beberapa barang milik mangsa.

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dipercayai akibat hentaman objek tajam.

Mayat mangsa ditemukan pekerjanya pada keesokan pagi sebelum memulakan rutin kerja mengupas pisang.

Mangsa dikatakan sudah lama bercerai dan memiliki seorang anak yang tinggal bersama bekas isterinya. - CARI
9

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 30-1-2019 12:29 PM
Hendon hendon.....
Quote buapakperut 30-1-2019 12:35 PM
indon dan cangkul dan seks berpishah tiada
Quote sepiITUindah 30-1-2019 12:51 PM
tak sempat bertaubat
Quote slavehunter 30-1-2019 12:53 PM
Apa la nak jadi....
Quote Kurex 30-1-2019 01:16 PM
Kenapa tak ambik barang tu dulu lepas tu blah je masa mangsa tengah tido dik oi
Quote EvieWanKenobi 30-1-2019 01:20 PM
deposit pun tak bayar...
Quote Manjahati 30-1-2019 01:21 PM
Muda2 dh membunuh
Quote kakaro940 30-1-2019 01:21 PM
kesian plk budak tu dpt upah rm4 ja..betapa sempitnya hidup budak2 d seberang ni ya..syukur la d malaysia upah tinggi apa lg partime..nmpk sgt budak ni mmg perlu duit x pasal2 jd pembunuh plk..
Quote Bedah.Cun 30-1-2019 01:48 PM
Kaw marah sgt ker kna juburi ngan jantan tak guna tue?? Hmm, patut kaw kutip smua barang2 celaka tue dan blah jer diam2.
Quote prettyuglybabe 30-1-2019 01:56 PM
kejut je la suruh bayar..
dah bontot tergadai, kena masuk penjara pulak...
Quote kelip2_07 30-1-2019 02:04 PM
jual bontot kt penjara plk lps nie
Quote kaklong32 30-1-2019 02:18 PM
cangkul berasal dari indon
Quote chicozinn 30-1-2019 02:23 PM
kelip2_07 replied at 30-1-2019 02:04 PM
jual bontot kt penjara plk lps nie

laku la sabun pasni..
Quote Muntz 30-1-2019 03:55 PM
Selayaknyalah sbb dah main budak bawah umo.
Quote arm_band 30-1-2019 04:29 PM
kaklong32 replied at 30-1-2019 02:18 PM
cangkul berasal dari indon

hahahaha #doneclaim
Quote aHoi83 30-1-2019 04:34 PM
Masuk penjara lg lohong la bontot kau n ofcoz free dek
Quote saviour_09 30-1-2019 04:50 PM
kan dia tertido kepenatan
apa dicangkul pulak kepala kawan tu?
tunggu la kejap sejam dua

habis madu sepah dibuang
habis calat kepala dicangkul

sampai hati
Quote niena90 30-1-2019 04:51 PM
Dia tgh tido kan tu, ko sabar la sikit. Nnt dia bangun ko mintak la upah ko. Ni pegi kokak kepala dia, mmg penjaralah tmpt kau

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051512 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top