CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usus Bayi Terburai Ibu Bapa Buat Pembedahan 'DIY'

29-1-2019 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6012| Komen: 44

Seorang bayi baru lahir nyaris maut selepas hampir 20 inci usus kecilnya terburai gara-gara tindakan bodoh ibu bapanya.

Memetik Daily Mail, sepasang suami isteri menggunakan pisau pemotong kotak untuk membelah perut anak mereka selepas menyedari ada bonjolan pada perut mangsa.




Kedua-dua pasangan berusia 26 tahun itu kononnya mahu 'mengeluarkan angin' dari perut anak kelima mereka itu.

Bayi berusia 41 hari itu dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Ningbo jam 1 tengah hari pada Rabu, lapor China News.

Menurut laporan, mangsa dipantau di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas doktor memasukkan kembali ususnya dalam satu pembedahan kecemasan.




Menurut doktor, bayi berkenaan menghidap angin pasang atau umbilical hernia yang sering berlaku kepada bayi terutama yang lahir pramatang.

Difahamkan, 40 hingga 50 sentimeter (sm) daripada usus bayi terbabit terkeluar dari perutnya, manakala 25 sm daripadanya berubah menjadi kehitaman akibat terdedah di luar perut selama tiga jam dan berada dalam keadaan terkejut.

Sementara itu, Zhejiang News melaporkan bapa mangsa merupakan seorang pekerja kilang, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa di wilayah Zhejiang.

"Saya ingat, saya boleh merawat anak saya dengan membuat pembedahan sendiri di rumah. Tetapi, saya tidak menyangka ususnya terburai sebaik perutnya dibelah," kata bapa bayi terbabit.


Foto: Daily Mail

Menurut pakar bedah pediatrik, Dr Zhu Jianming tidak menyangka ada ibu bapa sejahil itu di masa kini. - CARI
12

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 29-1-2019 12:11 PM
bingai betul...ko ingat anak patung ke
Quote Orix 29-1-2019 12:11 PM
Apa niiiii {:cryrun
Quote bulan_gerhana 29-1-2019 12:14 PM
kedunguan ape kah ini..

zaman dah ade youtube tenet bagai buat lagi manuasia jadi bodoooooooooooooooooooooooooooow
Quote dewi 29-1-2019 12:15 PM
dia ingat perut tu macam belon ke hapa leh cucuk kuar angin pasang . doc pun train bertahun2 bedah mayat dulu tau. pas tu baru leh bedah manusia yg idup.
Quote fushimi 29-1-2019 12:17 PM
hahahahahah

ini sangat kelakar

apa dia ingat perut anak dia perut ikan agaknya

Quote kaklong32 29-1-2019 12:19 PM
tolol betol makpak dia ni

Quote Artemesiaa 29-1-2019 12:24 PM
Yang gigih nak jadi doktor tu buat apa kan dah menbahayakan.  Lain kali serahkan je pada yang pakar untuk ubatinya.
Quote xtahumenahu 29-1-2019 12:30 PM
ya Allah...siannya baby tu...
Quote sukacactus 29-1-2019 12:30 PM
Tepuk dahi dgn kebodohan yg teramat ni
Skali baca tgk kat china, huh! Patutlaaa!
Quote aHoi83 29-1-2019 12:31 PM
OMG berita ape i telah baca ni ?????
Quote abil_tetra 29-1-2019 12:34 PM
sakitnya anak
Quote prettyuglybabe 29-1-2019 12:44 PM
astagaaaaa... ni sekaum dengan antivax berguru dengan gugel la ni..
Quote buapakperut 29-1-2019 12:49 PM
Allahu.... mak bapak bangang tahap apa ni? ya Allah kesiannya baby.
Quote DeeHanania 29-1-2019 12:49 PM
ksian ko nak
dpt makbapak bodoh alang berlagak cam doktor
Quote chicozinn 29-1-2019 12:53 PM
nasib baik baby tu xmaut..bangang apekah ini?
Quote moonbug 29-1-2019 01:03 PM
Ingat boleh rawat sendiri dengan membelah perutnya???? Try belah perut ko sendiri, tengok rasa apa. Gilaaaaa
Quote rosa_canina 29-1-2019 01:08 PM
bangang punya mak bapak    

ko igt anak patung??

haku tak boleh bayang seksanya baby tu  
Quote duri_durians 29-1-2019 01:21 PM
ya tuhan anak dah 4...


malang nya ...
Quote lazim 29-1-2019 01:29 PM
dowh. klu kucing aku kena bisul pon aku xkn berani2 nk toreh. motip ko toreh perut anak. baik pam dlm jamban je.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 1.713909 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top