CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mamat Khalid Dilaporkan Koma

28-1-2019 10:07 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3457| Komen: 7|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Mamat Khalid perlu diletakkan dalam keadaan koma selama 48 jam bagi merehatkan jantung dan organ dalaman lain.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan pengarah terkenal, Mamat Khalid telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan organnya berehat. Menurut isterinya, Hasmah Hassan, selepas suaminya terpaksa ditidurkan, tindak balasnya semakin positif. Hasmah memberitahu suaminya perlu diletakkan dalam keadaan itu selama 48 jam bagi merehatkan jantung dan organ dalaman lain. 


Melalui kenyataan Hasmah yang dibuat kepada wartawan BH Online, Hasmah mengucapkan syukur kerana suaminya sudah memberi tindak balas positif dan keadaan kesihatannya sedang dipantau rapi. 

Pada minggu lepas, Astro Gempak mengeluarkan artikel berkenaan Mamat khalid yang dilihat berkerusi roda ketika hadir memberi sokongan kepada rakannya, Aziz M Osman ketika tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara. Keadaan Mamat ini telah menimbulkan tanda tanya berkenaan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Foto: NSTP

Menurut portal Astro Gempak tersebut, Mamat Khalid menjelaskan bahawa sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika. Ia juga melibatkan buah pinggang yang berkemungkinan berpunca dari masalah kencing.

Ini bukan kali pertama Mamat Khalid dimasukkan ke hospital, sebelum ini, dia pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada April 2017 akibat kepenatan dan sesak nafas. Mamat Khalid juga pernah menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung tersumbat pada November 2014.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohamad Khalid (56 tahun) merupakan pengarah yang berjaya dalam industri perfilemen Malaysia. Antara filem arahannya ialah filem Lang Buana, Rock, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang, Apokalips X dan Estet. Filem terbarunya Hantu Kak Limah pula telah berjaya  melakar sejarah sebagai antara filem Melayu paling berjaya dari segi kutipan apabila memungut RM38 juta hasil jualan tiket dalam tempoh hanya 11 minggu tayangan.

Selain mengarah Mamat Khalid juga menjalankan perniagaan sarang Art Hub di Tanjung Malim. Pada penghujung bulan lepas, Mamat Khalid telah berjaya menyelesaikan projek  pementasan Teater Muzikal Hantu Kak Limah di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio Ipoh. Teater itu dilaporkan telah mendapat sambutan yang luar biasa.- CARI 
8

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote (ツ) 28-1-2019 10:54 AM
semoga sihat mcm dulu...
Quote nadihazza 28-1-2019 11:06 AM
semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan nya..
Quote xtahumenahu 28-1-2019 11:13 AM
walaupon kenkadang komedinya mengarut...tp beliau sgt kreatif...mmg out of the box
semoga mamat khalid cepat sembuh n terus berkarya
Quote Nana_Man 28-1-2019 11:23 AM
Semoga cepat sembuh.
Quote KucingBiru 28-1-2019 11:43 AM
xtahumenahu replied at 28-1-2019 11:13 AM
walaupon kenkadang komedinya mengarut...tp beliau sgt kreatif...mmg out of the box
semoga mamat kha ...

Agree... level otak mamat khalid ni macm totally out of the box.. tapi dia approach heavy subject with light komedi. Pada aku dia ni sgt genius.

Sama macam Arwah loloq  dulu. Nampak mcm gila gila . Tapi dlm otak isi sangat genius
Quote blancmont 28-1-2019 11:50 AM
berapa umur die


moga cepat sembuh
slow down sikit at this very moment

Quote kikuri 28-1-2019 12:34 PM
semoga cepat sembuh...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.457109 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top