Seorang pekerja buruh warga Bangladesh menemui ajal selepas bangunan pembinaan di Jalan Delima 1/1, Taman Teknologi Subang Hitech, Subang Jaya runtuh pada Selasa. Kejadian berlaku pada jam 4.44 petang, semasa mangsa bersama rakannya mahu pulang dari kerja.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Muhammad Azlin Sadari berkata, "Mangsa melalui lantai tingkat pertama, secara tiba-tiba besi perancah menahan lantai runtuh menyebabkan mangsa jatuh dan terus ditimbusi besi perancah dan simen lantai yang masih belum kering. "Selepas menerima panggilan kecemasan, seramai 18 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor serta Subang dikejarkan ke lokasi kejadian." Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nurizham Mohd Nudin berkata, mangsa dikenali sebagai Kassim dan berusia 43 tahun. Laporan Bernama menyatakan, Kassim terjatuh dari ketinggian 14 meter. Mayatnya ditemui pada 5.42 petang dan berjaya dikeluarkan pada 9.40 malam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. -CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
monreyes replied at 23-1-2019 02:19 PM
byk kes mati kat construction site ni mat bangla je ...
mereka ni x competent ke apa...
kalo kat s ...
Lolalala replied at 23-1-2019 01:36 PM
Bomba polis yg ada kat situ pun sepatutnya kena pakai topi keselamatan kot. Jatuh barang dari atas l ...
sarahmirza replied at 22-1-2019 07:11 PM
Sedangkan officer DOSH atau JKKP dlm BM witness T&C lift pun datang berbaju kurung dan bertumit ti ...
sarahmirza replied at 23-1-2019 03:08 PM
Dlm kes ni yang tak competent ialah scaffolder... Orang yang susun besi perancah tu... Eh peranc ...
aryyan replied at 23-1-2019 03:34 PM
safety awareness di kalangan contractor msia still rendah.contractor ortodox, sedaya upaya nk cut ...
ADVERTISEMENT