KUALA TERENGGANU – Lambakan songket dari negara luar mampu membunuh industri songket tempatan di Malaysia dan perkara itu turut diakui Kraftangan Malaysia. Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan mengakui pihaknya menyedari ancaman itu, namun mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak. “Kita (Kraftangan Malaysia) memang sedar bahawa kebelakangan ini ada ancaman songket terutama dari India dan Pakistan, tetapi kami tiada kuasa untuk menghalang, merampas dan mengambil produk itu. Sohaimi (dua kanan) dan Khairul melihat perbezaan songket asli dan songket dari negara luar yang turut disaksikan para usahawan songket Terengganu di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu. “Perniagaan yang dibuat adalah secara telus dan tidak menyalahi undang-undang, sebab itu kita mengambil langkah awal dengan menyarankan penjual melabelkan keaslian keluaran produk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Usahawan Kraf Negeri Terengganu, di sini. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia, Shahrudin Mohd Nor dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Khairul Hafizi Naharuddin. Tambah Sohaimi, sebagai langkah awal mencegah penjualan songket dari negara luar, Kraftangan Malaysia tidak membenarkan songket itu dijual oleh usahawan tempatan di gerai-gerai jualan sekiranya jabatan itu menganjurkan promosi kraf. “Saya juga ingin menasihati pembeli supaya berhati-hati dengan songket tiruan dan penjual dilarang mengambil kesempatan mengatakan ianya songket dari dalam negara (asli),” katanya. Sementara itu, penjualan kraftangan di Terengganu antara penyumbang terbesar iaitu RM45 juta daripada RM293 juta pendapatan kraftangan negara bermula Januari hingga Ogos 2013. Dalam pada itu, Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kerajaan negeri untuk bekerjasama mewujudkan lebih ramai usahawan kraf khususnya di luar bandar.
|
freebird posted on 19-9-2013 05:16 PM
patutlah tak laku,
chairman kraftangan malaysia tu caprut ameno, yang nak jual tablet china mengaku ...
ADVERTISEMENT