CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang: Pemandu Kereta Vios Positif Ganja

22-1-2019 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 59011| Komen: 539|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut didapati positif ganja.
Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut didapati positif ganja.


mStar Online melaporkan, ujian saringan awal lelaki berusia 21 tahun mendapati dia positif ganja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, "Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya, keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat."


Tambahnya lelaki itu yang juga merupakan seorang pendandan rambut kini dirawat di sebuah hospita swasta Bayan Baru kerana mengalami kecederaan pada kepala, kaki dan tangan.


Nik Ros Azhan berkata pemandu kereta Toyota Vios dan mangsa yang terhumban ke dalam laut itu merupakan rakan sejak  di sekolah rendah.

"Dua lelaki itu bersama lima lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia.

Difahamkan kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

"Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau manakala mangsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth."

Pemandu kereta yang terhumban ke laut itu dikenali sebagai Moey Yun Peng dan merupakan pelajar di kolej swasta. -CARI
15

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 20-1-2019 12:21 PM
Mmg laju baru blh terobang mcm fast n furius..aku bet myvi yg terobang tu
Quote EJALTI 20-1-2019 12:33 PM
Operasi kesan kereta terhumban ke laut bermula

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ban-ke-laut-bermula

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 11:18 AM

Shamsul Munir Safini dan Yusri Muzamir
cnews@nstp.com.my



EMPAT penyelam polis marin dibantu pasukan bomba mula menyelam bagi mencari dan mengesan kereta putih yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya sudah mendapatkan khidmat kren bagi membantu membawa naik kereta itu.

“Kami masih belum dapat memastikan jumlah penumpang kereta namun kesemua mereka dikhuatiri lemas.

“Polis dibantu pihak Jambatan Pulau Pinang mengesan kereta itu hasil rakaman komputer litar tertutup CCTV di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi tadi, kenderaan terbabit dipercayai tercampak ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan Toyota Vios di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang arah Prai di sini.

Nik Ros Azhan berkata, Toyota Vios itu remuk di hadapan dan belakang, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hasil rakaman CCTV, polis mendapati sebuah lagi kereta berwarna putih merempuh bahagian belakang Toyota Vios.

Katanya, kereta putih itu merempuh pembahagi tengah jalan dan terbabas merempuh bahu jalan sebelum jatuh ke dalam laut.

“Kita bekerjasama dengan polis marin bagi misi mencari dan menyelamat.

“Bot digunakan di lokasi kejadian untuk mencari kenderaan terbabit,” katanya.
Quote pearl.silver 20-1-2019 12:42 PM
Seb baik bkn vios tu yg sebabkn kereta putih tu tercampak..
Quote moonbug 20-1-2019 01:44 PM
Kereta apa lagi satu tu?
Quote noor2 20-1-2019 01:47 PM
Bagusnya ada cctv. ....pukul 2 pagi bawak laju. ...berlumba ke apa. ...

Anggota bomba patut diberi gaji tinggi. ..sebab kerja melibatkan nyawa. ...
Quote slavehunter 20-1-2019 01:48 PM
Takziah. Dah lama tak drive ke Penang sebab malas nak hadap jamm.
Quote mawarika 20-1-2019 02:02 PM
Tiap kali lalu jambatan ni.. kecut perut. Mcm2 dlm otak fikir. Simpan pelampung budak budak dlm kete..
Quote aireen24 20-1-2019 02:22 PM
Kereta yg putih tu cam honda crv/brv
Quote axl_bach 20-1-2019 02:28 PM
pearl.silver replied at 20-1-2019 12:42 PM
Seb baik bkn vios tu yg sebabkn kereta putih tu tercampak..

Video yy tgh tular nmpk mcm vios tu yg salah....pangkah kereta ikut kiri then loss control dan melanggar kereta yg tercampak tu
Quote batmana 20-1-2019 02:39 PM
buat la bumper byk2 kt jambatan tu
biar semua slow abis
Quote putribatrisya 20-1-2019 02:42 PM
kesian nya
klu dlm video tu nmpk mcm salah vios tu
laju giler memotong dr belah kiri
Quote miszclassique 20-1-2019 03:01 PM
Kau pakai vios je lepastu nk mencelah macam tu. Sakai. Pastu orang lain yang mati. Dasar pembunuh
Quote skinskin 20-1-2019 03:12 PM
Bg link cctv eksiden tu
Quote ninnamina 20-1-2019 03:15 PM
Tgk video kete vios yg salah. Laju gila tak pasal2 org lain jadi mangsa
Quote ninnamina 20-1-2019 03:16 PM
Link
https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/648186112263554/
Quote skinskin 20-1-2019 03:16 PM
[youtube]ii0yQuxX70Q[/youtube]
Quote skinskin 20-1-2019 03:18 PM
Ni ehhh... Cm Racing je tu
Quote cmf_premierleag 20-1-2019 03:21 PM
looks like vios hitam tu yg salah
tp bukan dia lak yg terhumban dlm laut
Quote buapakperut 20-1-2019 03:21 PM
skinskin replied at 20-1-2019 07:16 AM

gilo drive camtu laju tak pandai kawal stereng

Lihat semua komen(539)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.102594 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top