Kisah kehidupan masyarakat yang tidak berkemampuan sentiasa menarik hati masyarakat Malaysia yang prihatin dan murah hati. Kisah-kisah begini akan menarik hati-hati para dermawan untuk menyumbang bagi meringankan bebanan kehidupan individu berkenaan. Susulan kisah yang tular baru-baru ini, penulis cuba mendapatkan gambaran sebenar kehidupan keluarga ini serta mengenalpasti apa bantuan yang seharusnya disalurkan kepada keluarga ini.
Bagi sesiapa yang berkelapangan, bolehlah menziarahi keluarga ini. Lokasinya adalah di Batu 14 1/2, Kampung pecah Gadong, Jalan Kuala Nerang, 06200 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Keluarga ini mempunyai lima (5) orang anak, namun anak pertama dan kedua tinggal di asrama serta dibiayai sepenuhnya. Sebelum kisah ini tular, keluarga ini telah menjadi perhatian pelbagai pihak, antaranya, klinik kesihatan, pejabat daerah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat terutama keprihatinan terhadap kebajikan ahli keluarga ini. Terdapat beberapa isu yang tidak disebarkan demi menjaga air muka keluarga ini. Bagi menjaga kebajikan keluarga ini, pihak terlibat telah beberapa kali datang melawat keluarga ini terutama berkaitan dengan bayi mereka sejak dari masa ibunya mengandung lagi. Bantuan pembayaran sewa rumah juga telah ditawarkan JKM sejak tahun lepas lagi tetapi keluarga ini masih tidak mencari rumah sewa. Agak-agaknya, susah nak cari rumah sewa kawasan ni? Bantuan bina baru rumah tidak dapat dipertimbangkan sejak awal lagi dengan mengambilkira ketua keluarga yang masih muda, sihat dan mampu bekerja. Tapi memang untung kalau siapa yang dapat bantuan bina rumah ni, rumah lengkap percuma, tak perlu dah fikir komitmen bayar pinjaman sampai 30 tahun. Oleh itu, bantuan bina baru hanya dipertimbangkan bila melibatkan orang yang sangat-sangat tidak berkemampuan.
Lokasi pondok ini adalah di atas sebidang tanah yang agak besar yang
asalnya dimiliki oleh datuk kepada isterinya serta turut menempatkan 3 buah rumah
lain lagi iaitu rumah abang, rumah ibu bapa /ibu saudara dan bapa saudara. Keadaan
tiga rumah yang lain adalah selesa dan selamat diduduki, sangat jauh berbeza
dengan pondok ini yang serba kekurangan. Ini adalah rumah abangnya yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Maklumat yang diterima, rumah ini dibina oleh agensi kerajaan, kerana kes viral kehidupan pondok daif , seakan-akan kes ni juga. Ini pula rumah yang diduduki oleh ibu, bapa, ibu saudara serta keluarga. Daripada penceritaannya, asalnya Mohd Ridzuan dan keluarga menetap di sini sebelum berpindak ke pondok tersebut. Rumah ini juga telah menerima bantuan baik pulih bumbung secara keseluruhannya oleh Pejabat Daerah. Ini pula adalah rumah milik bapa saudaranya. Memang besar tanah lot ni. Memang banyak lagi rumah boleh dibina. Dan sebenarnya, banyak lagi aktiviti menjana pendapatan yang boleh dilakukan bagi tanah yang sebesar ini.
Walaupun terdapat dapur kayu api, ianya hanya digunakan untuk memasak air sahaja, ini diceritakan oleh isteri Mohd Ridzuan sendiri. Aktiviti kehidupan utama seperti memasak makanan dan membasuh dilakukan di rumah
ibu bapa yang terletak bersebelahan pondok ini. Kita seharusnya meraikan sifat keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan. Diharapkan tiada pihak tertentu yang mengambil kesempatan meraih pendapatan lumayan sama ada individu atau pun organisasi. Semoga keluarga ini dapat mencari rumah sewa yang lebih selesa secepat mungkin, juga pekerjaan yang lebih stabil kerana bayaran sewa bulanan sudah ditawarkan oleh agensi kerajaan bagi pihak keluarga ini. Alhamdulillah, seluruh ahli keluarga ini dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. - CARI |
9
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sazida replied at 7-3-2019 04:48 PM
Igtkan pondok tu ats tnh org. Tp ats tnh sendiri. Motiff mls sgt? Ko tanam la cili api sayur2 buat k ...
vee_zara replied at 7-3-2019 05:10 PM
Tanah elok subur tp pemalas tal nak kerja kan. Ap lh sgt modal biji benih kat kedai 2 hengget berl ...
ADVERTISEMENT