Betullah orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Jodoh juga adalah satu bentuk rezeki yang kita takkan jangka. Kadang kala, dekat tempat yang kita sendiri tak jangka pun boleh bertemu dengan jodoh. Kisah ini terjadi kepada pasangan rider GrabFood ini, Mohammad Afandi dan Nur Atiqah. Dalam video ini, pasangan ini menceritakan mereka mula berkenalan apabila kebetulan menghantar makanan di kawasan yang sama. Dari situ, mereka berkenalan dan kemudian melanjutkan hubungan itu hingga
ke jinjang pelamin. Kata Afandi dalam video itu, perancangan mereka untuk berkahwin telah tersusun rapi selepas mula serius mahu berkahwin. Afandi akan mendapatkan 15 order dalam sehari dan Atiqah akan meletakkan target 10 order dalam sehari. Jadi mereka boleh dapat lebih kurang RM250 sehari, sebagai duit untuk perkahwinan nanti. Cerita mereka lagi, mereka tidak seperti pasangan lain yang menghabiskan masa bersama keluar berjalan atau menonton wayang. Masa kedua-dua pasangan ini banyak dihabiskan untuk mencari duit sebagai persediaan untuk berkahwin. Dari video ini kita boleh nampak, rezeki itu ada di mana-mana. Jika kita berusaha keras dan jujur, pasti rezeki itu akan tiba dari pelbagai bentuk. Jadi untuk anda di luar yang masih struggle dalam
kehidupan, jangan putus asa okay? Cuba sampai dapat! -CARI |
19
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missinpiece: Bagusla. Moga berbahagia selamanya
gigahertz replied at 22-1-2019 03:37 PM
aku tak risaukan duit waktu kahwin.aku risau selepas kahwin. mcm member aku.keje insuran pastu gat ...
prettyuglybabe replied at 22-1-2019 08:03 AM
tu bukan masalah kawin tapi kawan u yang bermasalah..
kerja tak perform alih-alih kawin pulak yan ...
gigahertz replied at 22-1-2019 04:33 PM
atleast salah seorang mesti keje tetap. ada income tetap. i hope both of pengantin ada keje tetap.
prettyuglybabe replied at 22-1-2019 08:50 AM
bukan kata grab lumayan juga ke?
ADVERTISEMENT