Baru-baru ini Sarah Suhairi , Juara Big Stage memuat naik foto mesranya dengan Ariff Bahran dengan kapsyen " My 2019."
Bahkan Arif juga memuat naik gambarnya bersama Sarah dengan kapsyen " she won first but i guess im the real winner. "
Hal ini telah menjadi tanda tanya peminat mengenai status hubungan mereka. Sarah Suhairi sebelum ini kelihatan lebih rapat dengan Andi Bernadee, lantas telah mengubah segala spekulasi ramai orang yang menganggap Sarah dan Andi bukan sekadar kawan biasa. Sarah dan Andi juga sering terlihat menghadiri beberapa rancangan bersama-sama. Malah, sering memuat naik foto dan video bersama di ruang Instagram Stories masing-masing, lantas meneguhkan lagi segala spekulasi dari peminat yang menganggap mereka sedang hangat dilamun cinta.
Tetapi segala spekulasi dinafikan oleh Andi sendiri. Andi juga menyatakan dia selesa berkawan dengan Sarah. Tiada cinta antara mereka. Kini timbul pula dakwaan menyatakan Sarah dan Ariff sedang bercinta, namun turut dinafikan oleh Sarah Suhairi. Namun begitu, Sarah tidak menafikan yang dia dan Arif memang rapat dan sedang mengenali antara satu sama lain. Memetik dari GEMPAK, "Saya dan Ariff hanya berkawan biasa, tak dinafikan kami memang rapat tapi ia tak bermaksud kami bercinta. "Kami masih di tahap mengenali antara satu sama lain, namun kami bukan bercinta," kata Sarah. Sementara itu, Ariff yang ditembual bersama Sarah, turut menafikan perkara tersebut. "Kami masing-masing mempunyai teman rapat, saya yakin Sarah pun ada kawan lelaki yang rapat dengannya selain saya, saya pun ada kawan perempuan yang rapat selain Sarah. "Kami cuma akrab, biarlah kami mengenali antara satu sama lain dahulu, saya masih belum fikir untuk bercinta lagi," ujar Ariff mengakhiri perbualan. Apa-apapun semoga Sarah Suhairi dan Arif Bahran terus sukses. Kedua-duanya sangat berbakat dalam nyanyian. Malah sudah berkecimpung dalam dunia lakonan juga.-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|