Sejak kemenangan Dewi Remaja 2019 menjadi milik Haneesya Hani, 18, netizen memberi reaksi yang bercampur baur. Antara bangga dengan kemenangan wanita kulit hitam pertama menjadi juara dengan stigma pihak lain yang merasakan ada lagi finalis lain yang lebih layak.
Berlainan pula dengan pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim menjelaskan yang kemenangan itu menjadikan orang berkulit putih sepertinya menerima komen-komen negatif seperti 'pucat, tak lawa pun putih' dan sebagainya. Menurut Sarimah, setiap individu dilahirkan dengan genetik bangsa masing-masing, jadi kita seharusnya merainkan semua warna kulit tanpa perlu membanding atau merendahkan antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan pertelagahan antara netizen. Sama juga isu wanita yang menyatakan 'lelaki adalah sampah' dan juga sebaliknya. Masyarakat kita tidak seharusnya dididik dengan isu yang bukan isu pun tetapi dijadikan hal penting seola-olah isu nasional. Post Sarimah mendapat perhatian aktres Tiz Zaqyah yang turut menerima nasib sama. Menurut Tizz, dia juga berasa didikriminasi kerana dilahirkan dengan warna cerah. Selain itu, Juara Akademi Fantasia 1, Vincent Chong juga turut memberi komen dengan menyalahkan iklan komersil yang telah menghantui rakyat Malaysia sejak bertahun lamanya. Netizen juga turut bersetuju dengan pendapat Sarimah. Ini kerana terlalu banyak produk kecantikan yang mendorong wanita mengubah warna kulit asal iaitu dari hitam manis atau sawa matang ke kulit cerah dengan penggunaan jamu, ubat, suntikan dan rawatan kecantikan. Sementara itu, ada juga netizen beranggapan situasi sebenarnya adalah sangat pedih. Ini kerana ramai wanita berkulit cerah lah yang sebenarnya memandang mereka yang berkulit gelap sebagai tidak cantik. Jadi bila Haneesya yang berkulit gelap menjadi juara, ia memungkinkan situasi 'balas dendam'. Susah untuk mengubah persepsi majoriti rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kulit cerah/putih adalah cantik. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk mengubah warna kulit termasuklah ramai selebriti tempatan. Bagaimanapun, diharapkan dengan Haneesya yang kini dinobat sebagai Dewi Remaja, ia mampu mengubah stigma masyarakat secara perlahan-lahan. Kita perlu menghargai anugerah yang diberikan tanpa perlu berasa rendah diri. Jadi, anda masih rasa kulit putih didikriminasi? - CARI |
10
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin: Masa org bash kerak rentung ada ko bising ke minah?
fahdramli replied at 15-1-2019 08:51 AM
Aku nak tukaq kaler kulit aku jadi hijau,,, untung2 org amek berlakon jadi Hulk..
ALDRIN replied at 15-1-2019 03:54 PM
Kulit putih..hitam ke...or those Vitilago Sufferer...whatever it is jus love & embrace your skin.
ADVERTISEMENT