Seorang lelaki terjun ke dalam sungai dan sanggup dibaham buaya daripada dicekup penduduk kampung yang menunggu di tebing sungai selepas dia mengugut warga emas menggunakan sebilah parang.
Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku di Kampung Dengir, besut pada petang Isnin. Menurut seorang penduduk kampung dikenali sebagai Yusuf, 61, suspek tidak mengendahkan kata-kata penduduk kampung yang kononnya ada buaya di dalam sungai itu. "Walaupun diugut sedemikian, lelaki tetap berdegil sebaliknya memberitahu tak apa kalau dia mati dibaham buaya sebab dia sudah mengucap," katanya.
Tambahnya, ada penduduk menggunakan perahu bagi memujuknya agar membuang golok dan naik ke atas perahu. Bagaimanapun, suspek tetap berdegil tidak mahu membuang golok dan bergerak ke arah perahu di tengah sungai sebelum dia tenggelam dan tidak timbul. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang mengesahkan kejadian berkata, suspek sebelum itu dikatakan mengacukan sebilah golok kepada seorang wanita warga emas, Jawiah Ab Rahman,62. Ketika itu, Jawiah berada di tempat ternakan lembunya di tasik, Kampung Dengir sebelum suspek tiba-tiba mendekatinya dengan golok berkenaan. "Suspek didakwa mengacukan golok ke arah mangsa sambil mengugut untuk membunuh mangsa namun mangsa menjerit menyebabkan suspek melarikan diri dan terjun ke dalam sungai berkenaan," katanya. Suspek yang mempunyai dua rekod dadah dikhuatiri lemas dan usaha mencari membabitkan Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan orang awam. - CARI
|
9
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT