CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Semuanya Beku Di Oymyakon, Penempatan Paling Sejuk Di Dunia. Boleh Hidup Ke?

15-1-2019 01:13 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 8721| Komen: 39|Original author: Oleh: Nameera

Cuaca dan suhu yang sangat melampau, terlalu panas atau terlalu sejuk di sesebuah negara adalah sesuatu cabaran bagi manusia yang mendiami kawasan itu.  


Suhu yang mencecah bawah -1 ke -20 darjah celcius sudah menjadi kebiasaan untuk mereka.

Kredit foto: Google
Namun begitu, bagaimana pula keadaannya di Oymyakon?  Penempatan ini pernah merekod suhu paling dingin iaitu -71 darjah celcius sekitar tahun 1924, sekali gus dinobatkan sebagai tempat paling sejuk di dunia yang didiami manusia. 

Wah! Bagaimana kehidupan penduduk di sini, iya?


Kredit foto: sciencealert.com
Oymyakon adalah sebuah penempatan atau kampung yang berada di Sakha Rusia. Purata penduduknya sebanyak 500 orang tidak membataskan mereka mendiami kawasan paling dingin ini.

Kredit foto: sciencealert.com
Penduduk di sini agak mundur dari arus teknologi, kebanyakan dari mereka  masih menggunakan arang batu untuk menghidupkan api bagi mengekalkan suhu. 

Kredit foto: sciencealert.com
Kredit foto: idntimes.com
Penduduk juga terpaksa menghidupkan enjin kereta sepanjang waktu untuk mengelakkan kenderaan dari membeku.

Kredit foto: sciencealert.com
Akibat suhu di Oymyakon  yang mencecah -47 darjah celcius ke -67 celcius, kehidupan seharian penduduk di sini  lebih mencabar dari kebiasaannya. 

Suhu yang melampau dari iklim kutub utara Artik ini, menyebabkan tiada aktiviti pertanian dapat dilakukan dan kebanyakannya bergantung kepada penternakan dan memakan ikan mentah serta sup daging untuk meneruskan kehidupan.

Kredit foto: dailymail.co.uk
Kredit foto: idntimes.com
Salah seorang jurugambar terkenal iaitu  Amos Chapple pernah ke sini. 

Beliau menyatakan, "Sekali di bandar ini, dia diserang oleh kesan suhu sejuk yang luar biasa. Rasa dinginnya seperti seluruh tubuhnya terjepit erat dan beberapa bahagian sensitif badannya seperti dicucuk."

Kredit foto: dailymail.co.uk
Selain tanah yang dtutupi salji ais , segala peralatan dan sekelilingnya turut membeku lantas menambahkan lagi kerumitan dalam penyediaan makanan dan rutin harian penduduk di sana. 


Kredit foto: sciencealert.com
Tanah beku sepenuhnya di kawasan ini menjadikannya mustahil untuk mengalirkan air melalui paip ke rumah. 

Sehingga terdapat sumber air di sebuah bangunan khas. Cuba bayangkan bertapa sukarnya kerana setiap kali pergi ke bilik mandi, anda perlu keluar dari rumah meredah udara beku.

Kredit foto:  idntimes.com
Saat ada kematian, proses penguburan juga perlu mengambil masa selama tiga hari. Hal ini kerana tanah perlu dicairkan dengan unggun api besar selama beberapa jam dan selepas itu lubang perlu digali untuk meletakkan keranda. 

Proses ini diulang selama beberapa hari sehingga lubang cukup  untuk mengubur keranda.


Kredit foto:  idntimes.com

"Eyelashes Freeze" sudah menjadi kebiasaan untuk warga Oymyakon.

Kredit foto: Google
Ketika musim sejuk, penduduk di Oymyakon juga hanya menerima sinar matahari selama 3 jam sahaja. Apabila musim panas, matahari akan bersinar sehingga 21 jam, tetapi  sinar matahari  tidak mampu mencairkan kesemua salji yang terbentuk pada musim sejuk.

Kredit foto:  idntimes.com
 
Kredit foto: idntimes.com
Jika ke sini, kesan Perang Dingin tidak dirasakan di kawasan ini, kerana mereka berada dalam keadaan tenang, berbeza dengan wilayah Rusia yang lain. Malah penduduk di sini juga sangat peramah.

Kredit foto: Google
Kredit foto: idntimes.com
Menggunakan kamera di tempat ini juga sangat sukar, kerana embun nafas lebih tebal daripada asap biasa sehingga lensa sentiasa tersekat. 

Fokus kamera juga menjadi sukar kerana sejuk mempengaruhi sistem mekanikal pada roda lensa.

Kredit foto: sciencealert.com
Kehidupan di sana bergantung kepada termometer, jika suhu mula mencapai lebih rendah daripada -50 darjah Celsius, semua kemudahan awam akan ditutup.

Kredit foto: idntimes.com
Selain itu hubungan telekomunikasi juga agak teruk di sana. Andai ingin ke Oymyakon, tempoh perjalanan yang diperlukan adalah selama dua hari dari bandar Yakutsk.

Kredit foto:  idntimes.com
Kredit foto:  idntimes.com
Adakah Oymyakon sudah cukup buat anda terkedu? Ya, Inilah tempat yang dinobatkan sebagai tempat paling dingin di dunia yang telah menandingi gunung Everest.

Ada yang sanggup nak ke Oymyakon? -CARI

16

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 15-1-2019 01:41 PM
Wah baru tahu. Artikel yang sangat informatif. Betul, kalau terlalu sejuk memang tak boleh alirkan air paip sebab air akan membeku kat saluran paip.
Quote adda001 15-1-2019 02:30 PM
lawa pula eyelashes freeze tu, x payah pakai mascara
Quote kaklong32 15-1-2019 02:35 PM
fuhh sejok2 ini ekon 16c pon tak tahan
Quote pai.kacang 15-1-2019 02:44 PM
tapi masih juga ada orang yang tinggal dekat tempat macam ni kan
Quote chinta89 15-1-2019 02:46 PM
berminatnya nak g sana!
Quote Artemesiaa 15-1-2019 02:47 PM
Kalau dah kampung asal dia kat situ mana nak tinggal lagi melainkan disitu.  Orang luar mungkin terseksa tapi pasti mereka ada cara untuk mengharunginya hingga musim bunga tiba.
Quote paz 15-1-2019 02:57 PM
Sangat menarik. Macam nak tahu lebih cara hidup mereka kan.
Quote LautBiru52 15-1-2019 03:04 PM
Fuh. Sejuk aircond pun aku tak tahan. Ni sampai - 20
Quote hasniey 15-1-2019 03:59 PM
Rasa tahun lepas ada baca psl ni kt cari jgk.yg org tuang air panas dr balkoni pastu beku tu
Quote kucingitam 15-1-2019 04:27 PM
takyah simpan ikan dlm freezer..main letak gitu je tepi jalan
Quote d_anne04 15-1-2019 05:00 PM
penah merasa suhu -8....
akak x sanggup..
Quote mawar_mustika 15-1-2019 05:25 PM
camnelh diorg blh hidup kt cuaca sejuk camtu...i klu org bukak 23 pun i senyap2 tukar jadi 25
Quote CardiGans85 15-1-2019 07:37 PM
Tak rasa nak pi la..
Quote felinecat 15-1-2019 08:22 PM
air kencing pon terasa panas agaknya
Quote syitaeyqa 16-1-2019 09:05 AM
Mencucuk ni sejuknya. Last year I pergi Harbin, one of the coldest place in China during winter season. Lowest temperature I experience -25. Memang sejuk gila. First jejak kaki kat harbin tu, terus I rasa sejuk lain macam, tak mcm hokkaido
Quote putribonda 16-1-2019 09:55 AM
kalau aku sumpah takleh hidup.
aircond kereta dgn office pun aku takleh tahan.
apatah lagi kalau dah -C. aku rela berpanas dari bersejuk.
Quote fushimi 16-1-2019 10:05 AM
seksanya kalau nak hadap sejuk cam gini

bersukurlah sape yang duk mesia

betapa rengsanya kalau sejuknya cam gini
Quote abangadek 16-1-2019 10:17 AM
i sanggup je, panas2 mmg xtahan.. aircon office 2 ketul i buka 16
Quote mamapea 16-1-2019 10:40 AM
fushimi replied at 16-1-2019 10:05 AM
seksanya kalau nak hadap sejuk cam gini

bersukurlah sape yang duk mesia

bila dh tgk mcmni mmg rasa sgt2 bersyukur duduk kt msia ni...
dasyat la diorg ni blh hidup dlm keadaan beku mcm tu...
kita kt sini blh pi picnic...swimming...buat mcm2 aktiviti lain...
diorg kt sana aktiviti terbatas...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.320551 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top