CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 10 syarikat Penerbangan Dengan Makanan Pilihan, Mana Satu Kegemaran Anda?

17-1-2019 12:18 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7379| Komen: 35|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Ramai pelancong ataupun penumpang kapal terbang meletakkan makanan sebagai kriteria utama dalam pemilihan syarikat penerbangan yang akan mereka gunakan, di samping harga dan keselesaan. Sebab itulah s ...
Ramai pelancong ataupun penumpang kapal terbang meletakkan makanan sebagai kriteria utama dalam pemilihan syarikat penerbangan yang akan mereka gunakan, disamping harga dan keselesaan. Sebab itulah semua penerbangan utama berlumba-lumba untuk menyediakan menu yang dapat memuaskan hati pelanggan mereka.


Terbaru, Laman web Love Exploring telah menjalankan kaji selidik terhadap pembaca mereka bertanyakan 10 penerbangan yang menjadi pilihan ramai berdasarkan kualiti makanannya, dan inilah keputusannya;


10.Eva Air

Di tempat ke-10 ialah syarikat penerbangan utama Taiwan yang terbang ke lebih 60 destinasi antarabangsa seluruh Asia, Amerika, Eropah dan banyak lagi. Penerbangan ini dipuji kerana kerap menukar menu setiap bulan dan sebagai pencuci mulut, penumpang boleh memilih antara coklat atau kek. Di sesetengah route, penumpang juga disediakan dengan roti klasik Perancis.


Kredit foto: loveexploring.com

9.Lufthansa

Di tempat ke-9 ialah Lufthansa yang baru-baru ini mendapat banyak penghargaan termasuk penarafan 5 bintang oleh Skytrax dan turut memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Eropah. Selain kerap menukar menu, penerbangan ini juga menyediakan minuman tanpa had, 3 sajian makanan termasuk dua pilihan makanan utama , salad, pencuci mulut dan minuman panas. Sesetengah destinasi juga mempunyai menu khas.

Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com

8.Cathay Pacific

Di tangga ke-8 ialah syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong iaitu Cathay Pacific, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa termasuk daging, ayam, pasta, pencuci mulut dan minuman panas. Istimewanya mereka juga mempounyai menu khas seperti makanan kurang garam, rendah kalori dan vegetarian.


Kredit foto: loveexploring.com

7.Austrian Airlines

Penerbangan milik Austria menduduki tangga ke-7. Kebanyakan penumpang memuji minuman alkohol, bir dan wain dalam penerbangan ini. Selain makanan utama, mereka juga memberikan makanan ringan sejurus sebelum mendarat. Menu khas ?? la carte seperti wiener schnitzels, tapas, mezze dan makanan Jepun juga boleh dipesan lebih awal.


Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com

6.Singapore Airlines

Walaupun penerbangan ini adalah yang paling muda di dalam industri, mereka terbang ke seluruh pelusuk dunia termasuk destinasi di Asia, Eropahe, Australasia, Afrika dan Amerika Utara. Menu makanan yang dikatakan sangat sedap dan mempunyai kepelbagaian. Mereka juga menyediakan pelbagai makanan keperluan khas seperti makanan ibu baru bersalin, bayi, kanak-kanak, vegetarian, makanan laut dan rendah lemak.


Kredit foto: loveexploring.com


5.Japan Airlines

Syarikat penerbangan ini bekerjasama dengan 6 tukang masak muda yang memenangi pertandingan kulinari getrbesar di Jepun untuk menyediakan makanan serba lengkap dan memuaskan bagi penumpang kelas ekonomi. Selain itu, Japan Airlines juga bekerjasama dengan restoran popular di negara itu dalam menyediakan menu yang pelbagai termasuk sup cendawan, bento dan daging panggang.


Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com


4.Qatar Airlines

Penerbangan Qatar yang mempunyai destinasi di Eropah, Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia menduduki tempat ke-4. Makanan kelas ekonomi mereka bukan sahaja lasat tetapi dipersembahkan dengan menarik. Dulang, cawan, kotak dan semua peralatan makan adalah dikitar semula dan mesra alam. Penumpang juga dihidangkan dengan salad segar dan humus, di samping tiga pilohan menu utama. Makanan tipikal termasuk menu tradisi India dan kari ala Malaysia.


Kredit foto: loveexploring.com

3. Asiana Airlines

Syarikat penerbangan milik Korea Selatan ini menyediakan menu klasik negara itu. Selain kepelbagaian pilihan minuman, mereka juga menghidangkan yeongyang ssambap, makanan berasaskan sayuran , kekacang dan sos serta podubu bossam iaitu makanan berasaskan daging dan tauhu. 


Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com


2.Turkish Airlines

Pernah memenangi anugerah Penerbangan Eropah Terbaik, syarikat ini menyediakan makanan yang ringkas untuk penerbangan pendek dengan menu seperti sandwich tetapi mempelbagaikan menu untuk penerbangan jauh dengan makanan segar dan juga makanan ringan.

Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com


1.Thai Airways

Penerbangan kebanggaan negara Thailand ini menyediakan menu khas dengan citarasa tempatan tetapi turut menyediakan pilihan menu antarabangsa. Terkenal kerana mendapat bekalan makanan yang segar dari petani dan peladang tempatan. Pilihan makanan termasuklah salad segar, roti, buah-buahan dan pencuci mulut. 


Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
Bagaimana pula dengan anda? Apakah penerbangan yang menyediakan makanan terbaik dan paling buruk berdasarkan pengalaman anda sendiri? -CARI
9

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 17-1-2019 12:54 PM
Sedapnya paul pye pastry{:childlike
Quote EvieWanKenobi 17-1-2019 01:09 PM
menu Turkish Airlines macam sedap je..
Quote Mleeen82 17-1-2019 01:19 PM
Malaysia airline x sedap ke?
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 01:25 PM
Dulu MAS dikira angtara paling sedaplah

Sekarang ni tak tahu

Dalh lama tak naik MAS
Quote Melorqe 17-1-2019 02:05 PM
dulu pernah naik SIA, pumpkin soup dia best wooh.
MAS pun sedap2. kenyang makan.
American Air, tak sedap. mintak muslim meal dia kasi sandwich buh salad ja.
Quote buapakperut 17-1-2019 02:12 PM
makanan MAS pun sedap. taktau la sedap sebab kebulur atau portion yang cukup2. tapi kenyang dan puas juga la.
Quote chicozinn 17-1-2019 02:22 PM
dulu aku paling suka makanan MAS siap leh bawak balik sebab time kitorang naik flight time bulan pose..la ni xtau la sdap ke idok sbab meollss da naik AA je lgi murah..hehe
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 02:27 PM
chicozinn replied at 17-1-2019 02:22 PM
dulu aku paling suka makanan MAS siap leh bawak balik sebab time kitorang naik flight time bulan pos ...

Kan? Selalu teringat soalan pramugari 'Beef or Chicken?'

Kacang free dia pun sedap
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 02:27 PM

MAS
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 02:28 PM

MAS
Quote dekmieDandy 17-1-2019 02:33 PM
haritu tengok CikEpal naik saudi airlines business class, siap dapat toiletries bag Furla lagi  
Quote Artemesiaa 17-1-2019 03:01 PM
chicozinn replied at 17-1-2019 02:22 PM
dulu aku paling suka makanan MAS siap leh bawak balik sebab time kitorang naik flight time bulan pos ...

Sekarang makanan MAS dah tak sesedap dulu nak2 on economy.  Kalau route yang less than 4 hours serve dalam kotak je dah macam naik low cost pulak sama macam dalam gambar tu.  Rasa pun tah hapa2 sedap lagi yg kena beli by AA. Pilihan sekarang antara fish or chicken dengan biskut rasa cam hampas tah hapa.  Rantau asia rasanya naik Korean best food sedap, siap bagi toileteries dan slipper dalam pesawat utk semua passenger.  Rajin tuang air sepanjang pernerbangan senyum manjang.  Rice cracker dan ice cream sedap.  Japan dan Vietnam pun not bad.

Quote SuriNate 17-1-2019 03:49 PM
Rindu dulu zaman MAS bagi makanan sedap even untuk short flights. ..
Quote epis 17-1-2019 05:51 PM
Mas business ok lagi makanannya tapi ekonomi mmg dah x best makanannya.. asyik nasi putih pastu ayam atau ikan je huhu.. terus rasa rindu kt makanan AA lagi2 nasi lemak klu naik Mas ekonomi..  
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 06:12 PM
Airasia Fav





Quote Miss.Rara 17-1-2019 06:29 PM
halal ke?

iolss rindu nasi lemak air asia...

mas ok laa.. maybe sebab laparr bedal ajer laa
Quote noell 17-1-2019 06:37 PM

hapa neh sis??nasi goreng bogel ka camna??takdak sayuq langsong
Quote mata_kucing 17-1-2019 11:36 PM
Teringat chicken curry JAL,  sedap betul
Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 08:26 AM
Miss.Rara replied at 17-1-2019 06:29 PM
halal ke?

iolss rindu nasi lemak air asia...

Status Halal:

Eva: Unknown
Lufthansa: Halal Meal perlu order 24 jam lebih awal
Cathay: Halal Meal perlu order 24 jam lebih awal
Austrian: Unknown
Singapore: Halal Meal perlu order 24 jam lebih awal
Japan: Halal Meal perlu order 25 jam lebih awal
Qatar: All Halal
Asiana: Unknown
Turkish: All Halal
Thai: Halal Meal perlu order semasa beli tiket

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055941 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top