Anda baru
diberhentikan kerja oleh majikan? Hilang pekerjaan setelah menerima tawaran
Skim Pemisahan Sukarela (VSS)? Dalam
suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini, memang sukar untuk mencari
pekerjaan baharu yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman, lebih-lebih lagi
bagi mereka yang agak berusia. Tidak
perlu bimbang kerana sebenarnya ada banyak peluang yang boleh dimanfaatkan bagi
mereka yang ingin mencari pendapatan selain daripada bekerja sepenuh masa
seperti dahulu. Lebih
menarik, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya. Kaji selidik pasaran Terdapat
banyak syarikat yang memerlukan responden untuk menjawab kaji selidik tentang
pasaran. Antaranya Toluna, Global Test Market dan YouGov. Peserta
boleh menebus mata yang dikumpulkan dengan wang tunai, tambah nilai prabayar
talian telefon atau baucar bagi membeli produk tertentu. Penulis kandungan bebas Perkembangan
pesat media baharu di Malaysia menyaksikan kemunculan portal-portal seperti
Cari yang menyediakan kandungan segar dan menarik untuk pembaca. Bagi yang
mempunyai bakat menulis, mereka boleh menyumbang artikel sebagai penulis kandungan
bebas bagi menjana pendapatan sampingan. Pereka bebas Mereka yang
mempunyai pengalaman bekerja sebagai artis grafik, pereka laman web dan
pengilustrasi boleh menawarkan perkhidmatan kepada pihak yang berminat. Sediakan portfolio
yang mempamerkan hasil kerja anda dalam laman web atau blog dan kongsikannya
dalam media sosial untuk memancing bakal pelanggan. Penulis blog Anda
bebas menulis apa sahaja topik yang diminati seperti hobi, politik, seni,
muzik, perniagaan atau teknologi dalam laman blog asalkan tidak melanggar
undang-undang negara dan tidak menciplak karya pihak lain. Daftar
dengan Adsense apabila laman blog anda memenuhi kritera yang ditetapkan untuk
menjana pendapatan melalui iklan. YouTube Buka
saluran YouTube anda sendiri untuk memuat naik rakaman video berkaitan topik yang
diminati seperti melancong, hobi dan tips yang boleh dikongsi bersama penonton.
Apabila
jumlah tontonan dan pengikut saluran YouTube mencapai kriteria yang ditetapkan oleh
Adsense, anda boleh memohon untuk tayangan iklan pendek dalam video-video yang
ditayangkan. E-dagang Platform
e-dagang membuka ruang kepada individu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan
mereka kepada pelanggan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuka
kedai atau pejabat. Selain portal
e-dagang sedia ada seperti Mudah.my atau e-Bay, anda boleh menggunakan
saluran-saluran seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, WhatsApp, laman
web dan blog untuk mempromosi serta menjual produk dan perkhidmatan anda. Gunakan
masa yang terluang selepas 'keluar' dari alam pekerjaan sepenuh masa untuk meneroka
peluang-peluang baharu yang berpotensi menjadi sumber pendapatan utama anda.
Belum cuba, belum tahu. - CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT