CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1895|Reply: 5

Anda Hilang Pekerjaan? Ini Cara Mudah Jana Pendapatan Tanpa Perlu Modal Besar

[Copy link]
Post time 14-1-2019 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Money Under 30


Anda baru diberhentikan kerja oleh majikan? Hilang pekerjaan setelah menerima tawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS)?

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini, memang sukar untuk mencari pekerjaan baharu yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak berusia.

Tidak perlu bimbang kerana sebenarnya ada banyak peluang yang boleh dimanfaatkan bagi mereka yang ingin mencari pendapatan selain daripada bekerja sepenuh masa seperti dahulu.

Lebih menarik, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya.

Kaji selidik pasaran



Kredit foto: Toluna



Terdapat banyak syarikat yang memerlukan responden untuk menjawab kaji selidik tentang pasaran. Antaranya Toluna, Global Test Market dan YouGov.

Peserta boleh menebus mata yang dikumpulkan dengan wang tunai, tambah nilai prabayar talian telefon atau baucar bagi membeli produk tertentu.


Penulis kandungan bebas



Kredit foto: Cari




Perkembangan pesat media baharu di Malaysia menyaksikan kemunculan portal-portal seperti Cari yang menyediakan kandungan segar dan menarik untuk pembaca.

Bagi yang mempunyai bakat menulis, mereka boleh menyumbang artikel sebagai penulis kandungan bebas bagi menjana pendapatan sampingan.

Pereka bebas



Kredit foto: Template Trip


Mereka yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai artis grafik, pereka laman web dan pengilustrasi boleh menawarkan perkhidmatan kepada pihak yang berminat.

Sediakan portfolio yang mempamerkan hasil kerja anda dalam laman web atau blog dan kongsikannya dalam media sosial untuk memancing bakal pelanggan.

Penulis blog



Kredit foto: Blogger


Anda bebas menulis apa sahaja topik yang diminati seperti hobi, politik, seni, muzik, perniagaan atau teknologi dalam laman blog asalkan tidak melanggar undang-undang negara dan tidak menciplak karya pihak lain.

Daftar dengan Adsense apabila laman blog anda memenuhi kritera yang ditetapkan untuk menjana pendapatan melalui iklan.

YouTube



Kredit foto: YouTube



Buka saluran YouTube anda sendiri untuk memuat naik rakaman video berkaitan topik yang diminati seperti melancong, hobi dan tips yang boleh dikongsi bersama penonton.

Apabila jumlah tontonan dan pengikut saluran YouTube mencapai kriteria yang ditetapkan oleh Adsense, anda boleh memohon untuk tayangan iklan pendek dalam video-video yang ditayangkan.


E-dagang



Kredit foto: Mudah.my


Platform e-dagang membuka ruang kepada individu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuka kedai atau pejabat.

Selain portal e-dagang sedia ada seperti Mudah.my atau e-Bay, anda boleh menggunakan saluran-saluran seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, WhatsApp, laman web dan blog untuk mempromosi serta menjual produk dan perkhidmatan anda.



Gunakan masa yang terluang selepas 'keluar' dari alam pekerjaan sepenuh masa untuk meneroka peluang-peluang baharu yang berpotensi menjadi sumber pendapatan utama anda. Belum cuba, belum tahu. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 02:14 PM | Show all posts
asalkan bukan dgn cara menipu sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada 'pakej' rupa paras dan personaliti menarik memang sesuai menjadi Youtuber.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya youtuber edit video diorang pakai apps apa ye? Lama dah nak tau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan semua orang sesuai dengan kerja-kerja ni. Apa pun tak salah cuba benda baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg YouTube Tu aku dh register..sekali email yg ak guna tu quota dh habis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048190 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list