Ketika mengunjungi Guardian atau Watsons, kebanyakan daripada kita pasti akan mencapai mana-mana kosmetik berlabel 'tester' untuk dicalit pada wajah sendiri, kan?
Namun, pernahkah anda berasa geli untuk mencuba kosmetik bibir yang sudah menyentuh berpuluh bibir lain? Entahkan bersih atau tidak bibir mereka itu! Tapi, tak kisahlah! Bila ada barang percuma di depan mata, kita sering kali memejam mata dan melupakan saja keraguan itu. Sebuah pusat beli-belah di Hubei, China telah membuka pondok yang mengandungi barangan kosmetik termasuk pelbagai jenis gincu, penggaris mata, foundation, bedak serta minyak wangi yang semuanya bernilai 4,000 yuan (RM2428). Menurut Shanghaiist, kios itu terbuka kepada sesiapa yang mengimbas dengan aplikasinya. Masa diperuntukkan untuk setiap pengguna adalah 45 minit dan bayaran dikenakan adalah sebanyak 58 yuan (RM35) sahaja untuk setiap kemasukan. Berdandanlah puas-puas dengan kosmetik disediakan! Bagaimanapun, idea itu nampaknya tidak mendapat sambutan baik di China kerana ramai yang meragui kebersihan kosmetik yang telah digunakan orang ramai itu. Ada ke orang yang nak masuk kalau kios ini disediakan di tempat kita? - CARI
|
15
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94: Nampak menarik tp x praktikal.
ADVERTISEMENT