CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Kenapa?" - Calon Acu Pisau Ke Pegawai JPJ Kerana Gagal Ujian Memandu..

9-1-2019 05:23 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 7672| Komen: 46

Ujian JPJ adalah salah satu ujian yang paling digeruni manusia selepas ujian berjumpa dengan bakal bapa mentua. Mana tidaknya, dengan pegawai JPJ yang garang dan tegas (tidak semua), mereka yang berbadan sasa pun boleh terkucil.

 

Lain pula kes yang berlaku ni Negeri Sembilan ini, calon ujian memandu kereta ini mengacukan pisau ke arah pegawai JPJ setelah gagal ujian. Semasa kejadian, pegawai JPJ itu meminta calon itu untuk menukar tempat duduk, untuk membawa pulang kereta itu semula setelah calon itu gagal dalam ujian. 


Apa yang berlaku, calon itu mengacukan pisau ke arah pegawai JPJ tersebut, mungkin mahu mengugut atau stres ketika itu. Bunyi seperti kelakar tapi perkara ini memang terjadi!


Sumber Gambar: SenawangTV

Sumber Gambar: SenawangTV

Sumber Gambar: SenawangTV

 

Kejadian ini dilaporkan SenawangTV di laman Twitter-nya. Menurutnya lagi, calon itu telah gagal ujian memandu sebanyak empat kali dan mungkin itu puncanya dia bertindak sedemikian. Jangan pula kita judge calon itu, mungkin dia betul tengah desperate perlukan lesen untuk bekerja, atau dia ada masalah mental. Jadi kita yang membaca ini jangan pula gelakkan atau mengkeji dia. 


Dari sudut positifnya, calon itu menggunakan jalan yang betul untuk ambil lesen memandu walaupun sudah gagal 4 kali, tidak seperti mereka yang hulurkan duit di bawah meja. Sekurang-kurangnya dia masih mencuba walaupun gagal, wang dan masa juga dikeluarkan. Mungkin pada ketika itu sahaja dia tidak dapat mengawal diri.


Sumber Gambar: SenawangTV

Sumber Gambar: SenawangTV

 

Untuk korang dekat luar sana tu, jangan pula bertindak di luar kawalan jika gagal banyak kali dalam kehidupan. Jika mahu ambil ujian JPJ, pastikan korang dah betul-betul boleh bawak kenderaan itu tanpa rasa takut. Barulah tak bazir masa dan wang.

 

Tapi jika korang gagal seperti calon itu, cuba berfikir positif. Mungkin kalau korang lulus tanpa reti bawa kereta dengan betul, mungkin itu boleh mencederakan orang lain, silap-silap membunuh diri sendiri dan orang lain. Jadi sentiasa positif okay! - CARI 

11

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eitazim 9-1-2019 05:41 PM
macam2 lah zaman sekarang ni.. kan dah kena
Quote Artemesiaa 9-1-2019 05:42 PM
Baru tak lulus dah ditikamnya orang kalau lulus tak tahu macam mana perangainya semasa memandu
Quote CharlesDera 9-1-2019 05:55 PM
tak reti bawak la tu...wakakakakakkakakaka
Quote xmynnx 9-1-2019 05:57 PM
panas baran nya budak ni sampai fail test jpj pun nak acu pisau.
ke mental? kalau org waras takde nya sampai gini.

Quote awaynepian 9-1-2019 06:13 PM
oloh..kakak tempat kerja lama aku dulu lima kali failed.n.kali keeenam lulus...rileks je dia ambik banyak kali..
rileks la dik oi...setakat ujian jpj..ujian hidup banyak lagi in future
Quote dinopower2 9-1-2019 06:15 PM
CharlesDera replied at 9-1-2019 05:55 PM
tak reti bawak la tu...wakakakakakkakakaka

rasanya sbb tak ikut undang2 jln raya, tak bg signal ke... trus digagalkan haha
Quote dinopower2 9-1-2019 06:16 PM
gigahertz replied at 9-1-2019 06:12 PM
itu pasal lesen kena ambil time.muda2 kalau dah umur lanjut payah sikit.

time2 muda takdak duit katanya...  skrg makin mahal kan
Quote dokupangg 9-1-2019 06:16 PM
Devils advocate sgt TT nih, tp aku ghase lebih baik hulur bawah meja daripada bawa senjata dgn sengaja dan berniat utk mencederakan! Once things went out of control boleh ragut beberapa nyawa. Cannot have positive brain on dis one TT sorry!
Quote whitePoison 9-1-2019 06:53 PM
Hulur jelaa duitt tuu.. sia2 je hulur pisau buat apoo
Quote imransulaiman 9-1-2019 07:24 PM
"mengkeji" ke "mengeji"?

Tanya je...
Quote zennaya 9-1-2019 07:40 PM
orang sekarang untung. amik driving lesen dah ada auto. zaman aku dulu 10 tahun lepas mana ada auto. manual je. seksanya bawak manual,mcm nak gibap aku. nak tukar klac 2 ke 3 enjin mati tengah jalan. masa belajar,asyik kena pekik dgn cikgu. mana x pekik,tetiba drive enjin mati. stress zaman aku amik lesen, kalau x kuat semangat,memang aku nak berenti je. tapi syukur sgt2,berkat kena jerkah dgn cikgu memandu aku,lulus jugak aku. la ni,keta aku memang auto. x koserr aku drive manual. aku pun dah lupa cara2 nak drive manual
Quote batmana 9-1-2019 08:46 PM
pjgnya pisau,
leh bawa beg ke time test jpj?

zmn aku, sehelai sepinggang je test
bawa beg, cikgu tak bagi

mgkin takut aku bwa pistol ke pisau agknya..
Quote Orix 9-1-2019 08:49 PM
ko hulur pisau nape dekkkkkkk len kali hulor duittttttttt

true story : iols ada kawan anak orka, sejenis nerd n agak slow punya org, failed jpj test utk kereta, hulur rm500 terus lulus
Quote pearl.silver 9-1-2019 08:56 PM
gigahertz replied at 9-1-2019 06:22 PM
skrg nahal dan cekik darah. kadang2 pengawai JPJ ni saja tau lampu merah dia suruh kita jalan. tes ...

Seb baik tempat i test jpj dulu xda traffic light
Hahahaaa...
Jln lurus je..
Paling mencabar pun masa nk pusing balik ke pusat belajar
Quote pearl.silver 9-1-2019 08:58 PM
Kebanyakan org sekeliling i skang pakat drive tanpa lesen..
Yg syoknya xpenah plak kantoi ngan polis
Siap ada beli kereta dah masing2, drive satu malaysia dah..
Quote moonbug 9-1-2019 09:16 PM
Besar pulak tu pisaunya. Nasib baik tak tikam betul-betul. Dia desperate kot
Quote mesmerize 9-1-2019 09:33 PM
bimbo nya dek 4 kali tak pass..
1st time buat silap mesti 2nd try dah tahu n perbetulkan silap
ni sampai lampu isyarat merah dilanggar walaupun ujian kali ke 4
tak payah bawak kereta la dek.. bahaya utk diri ko n orang lain juga
Quote kaklong32 9-1-2019 09:57 PM
Macam2 hal..
Quote olaoli 9-1-2019 10:01 PM
Mesti dia nebes dan panik. Tapi sebab dh ada pisau, mesti dh plan awal awal

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.039892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top