Seorang operator kilang menemui ajal selepas ditetak dengan parang di sebuah flat di Jalan Plumbum Shah Alam. Thiyahu Marimuthoo, 30, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam.
mStar Online melaporkan, Thiyahu merupakan bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam yang bertanding pada pemilihan parti itu tahun lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala, tangan dan kaki. "Mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang ramai. Mangsa dipercayai ditetak tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna perak. Motif pembunuhan sedang disiasat."
Polos kini sedang mengenal pasti suspek yang terlibat. Sebelum ini satu rakaman video berdurasi 21 saat itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak. Dalam video itu turut kelihatan empat lelaki dan seorang wanita yang cuba membantu mangsa. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Najwan Halimi turut mengucapkan takziah. “Dengan penuh dukacita saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, M Thiyahu yang disahkan meninggal dunia petang tadi (Isnin). Semoga keluarga mendiang tabah dan kuat menghadapi saat-saat mencabar ini. “Saya mengenali mendiang Thiyahu secara peribadi dan beliau adalah seorang anak muda yang baik dan berbudi pekerti mulia serta suka membantu masyarakat di sekitar kawasan pangsapuri. “Beliau adalah anggota Keadilan dan juga salah seorang calon pimpinan Angkatan Muda Keadilan yang bertanding bersama-sama saya dalam pemilihan peringkat cabang Shah Alam, baru-baru ini." -CARI |
13
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sqlite3 replied at 8-1-2019 10:25 AM
di malaysia ni orang awam akan menjadi lauk bila diserang penjahat. Undang2 tidak membenarkan orang ...
pengecatbintang replied at 8-1-2019 02:23 PM
keburukannya, peragut termasuk mat rempit ada peluang pagang senjata api..
lagi plak.. kita aka ...
ADVERTISEMENT