CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5819|Reply: 41

[Jenayah] bekas calon amk keadilan mati kena tetak

[Copy link]
Post time 8-1-2019 01:19 AM | Show all posts |Read mode


tak tahu sebab apa, tapi dia seorang anak yg baik. kata temannya.







Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi dalam satu mesej yang dimuatnaik melalui akaun Facebook mengucapkan takziah kepada mangsa yang juga calon AMK pada pemilihan peringkat cabang Oktober lalu.

“Dengan penuh dukacita saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, M Thiyahu yang disahkan meninggal dunia petang tadi. Semoga keluarga mendiang tabah dan kuat menghadapi saat-saat mencabar ini.

“Saya mengenali mendiang Thiyahu secara peribadi dan beliau adalah seorang anak muda yang baik dan berbudi pekerti mulia serta suka membantu masyarakat di sekitar kawasan pangsapuri.

“Beliau adalah anggota KEADILAN dan juga salah seorang calon pimpinan Angkatan Muda KEADILAN yang bertanding bersama-sama saya dalam pemilihan peringkat cabang Shah Alam, baru-baru ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2019 01:20 AM | Show all posts
ada video


BEKAS calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, M Thiyahu, 30, cedera parah di beberapa bahagian badannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu, mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak.

“Sejurus menerima maklumat itu, kami bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengesan suspek.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki dibawa oleh orang ramai ke HSAS untuk mendapat rawatan.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang di zon merah wad kecemasan hospital itu ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan pada hari ini dan pihaknya sedang menyiasat motif kejadian serta mengenalpasti semua suspek terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak.

Dalam video itu turut kelihatan empat lelaki dan seorang wanita yang cuba membantu mangsa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 01:23 AM | Show all posts
ngeri jugak bila tinggal nyawa nyawa ikan



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspek tak kenal pasti lagi ke? Dendam kesumat betul belah sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan parti Hindraf tadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 08:21 AM | Show all posts
innalillah...  bertabah lah ahli keluarganya.  harap dapat tangkap dalang pembunuhan ini.  tak payah inkues2 lah. kasi 302 terus...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 09:30 AM | Show all posts
Ngeri tengok...... Condolences to the victims family....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:44 AM | Show all posts
Kasihanlah, semoga keluarga mendiang kuat.

Dan harap penjahat dapat ditangkap dengan segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa kenapa tak nampak video
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif agaknya main tetak-tetak, jangan tersalah orang sudahlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:17 AM | Show all posts
arwah dulu baik orangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:25 AM | Show all posts
di malaysia ni orang awam akan menjadi lauk bila diserang penjahat. Undang2 tidak membenarkan orang awam membawa senjata untuk mempertahankan diri. Hatta bawak pisau pun silap2 kena tangkap. tak seperti di negara spt US yang 'concealed weapon' untuk mempertahankan diri dibenarkan.

Jenayah bunuh dan berleluasa sekarang. Orang awam kena ada cara untuk mempertahankan diri bila di serang penjahat bersenjata. tak kan nak tadah diri untuk ditetak cam gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 10:44 AM | Show all posts
dibunuh gara2 xpuas hati dlm pucuk pimpinan parti kah??slalu aku tengok dlm movie tamil yg dorang sggup cipta rusuhan n pembunuhan demi nk dpatkan kerusi dlm parti..seram yachhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 11:24 AM | Show all posts
kena buat inkues ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 11:27 AM | Show all posts
biasanya sebelum tetak2 orang ni, si penetak kena ganja sebalut dua tuk dapat keyakinan diri

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
4 ditahan bantu kes bunuh bekas calon AMK

Oleh Siraj Mohd Zaini
siraj@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
SHAH ALAM: Empat termasuk seorang wanita ditahan polis berhubung kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata tiga lelaki berusia 23, 24, serta 25 tahun, manakala wanita berusia 20 tahun ditahan sekitar Shah Alam dan Klang malam tadi dan kini direman selama tujuh hari mulai hari ini.

ADVERTISING

Menurutnya, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai M D Ozziram, 25, bagi siasatan lanjut kes berkenaan.


“Lelaki itu digelar Ozzi dan alamat terakhirnya di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa maut akibat ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesan darah yang terdapat di lokasi kejadian kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di sebuah pangsapuri di Seksyen 7. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:23 PM | Show all posts
sqlite3 replied at 8-1-2019 10:25 AM
di malaysia ni orang awam akan menjadi lauk bila diserang penjahat. Undang2 tidak membenarkan orang  ...

keburukannya, peragut termasuk mat rempit ada peluang pagang senjata api..

lagi plak.. kita akan biasa dengor penagih dadah kat Ganu bunoh mak pak guna pestol..

kat U.S.A budaya simpan senjata dah beratus tahun...

so.. depa x sewenang wenangnya salah guna senjata api tu...

depa guna senjata api utk memburu binatang, meneroka kawasan pertanian atau penempatan varu.. n mempertahankan diri mgkn dari Red Indian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 02:35 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 8-1-2019 02:23 PM
keburukannya, peragut termasuk mat rempit ada peluang pagang senjata api..

lagi plak.. kita aka ...

peragut biasanya khayal ganja sebelum meragut tuk beranikan diri, malam plak dorang lepak klub malam khayal ganja hasil meragut tadi petang


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 02:42 PM | Show all posts
saya percaya politik gansterisme berpusatkan kuil akan bersarang dalam PeeKR sebab PeeKR ada ramai ahli rentung lebih daripada kampung asai depa...mic...wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.102262 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list