CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Koma Dirogol Sampai Hamil, Polis Arah Ujian DNA Semua Pekerja Lelaki Di Pusat Penjagaan

28-3-2019 05:46 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3662| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Polis kini mendapat waran untuk mengarahkan semua pekerja lelaki di sebuah pusat penjagaan di Arizona, Amerika Syarikat di mana seorang pesakit koma dirogol hingga hamil dan melahirkan anak. Ujian DNA itu turut mewajibkan pengarah tertingginya, Bil Timmons, yang kini meletak jawatan atas kegagalannya. 


Peguam kepada keluarga wanita tersebut berkata mereka berasa sangat kecewa dengan kegagalan pusat perubatan itu melindungi anak mereka dan mahu keadilan ditegakkan.





Kredit foto: DNA India


Jurucakapnya Sgt. Tommy Thomson mengesahkan kepada Buzzfeed News bahawa mereka sedang menyiasat Pusat Perawatan Hacienda tetapi tidak memberikan butiran terperinci kerana tidak mahu menganggu siasatan.


Kredit foto: Facebook


Beberapa media tempatan melaporkan pesakit wanita itu yang dirahsiakan identitinya telah berada dalam keadaan koma selama 14 tahun selepas satu insiden hampir lemas. Beliau dikatakan melahirkan anak pada 29 Disember lepas. Sumber memberitahu rancangan TV AZ Family bahawa seorang pekerja pusat itu membuat laporan kerana merasa marah dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Beliau memberitahu kesemua pesakit di pusat jagaan itu memerlukan rawatan rapi dan semua pekerja boleh keluar masuk dengan bebas. Bagaimanapun mangsa yang koma tidak mampu mempertahankan diri dan menceritakan sendiri apa yang menimpanya.


Kredit foto: Getty Images


'Tiada seorang pun kakitangan pun yang sedar mangsa sedang mengandung sehinggalah mangsa mengerang pada suatu hari dan melahirkan seorang bayi lelaki' katanya. Dalam satu kenyataan, pusat perubatan itu memberitahu media mereka tidak dapat memberikan sebarang maklumat sulit pesakit tetapi berjanji akan membantu polis dalam siasatan mereka. 

Pusat itu juga akan membuat penambahbaikan protokol dan proses untuk menjamin keselamatan dan penjagaan pesakit mereka termasuk tidak membenarkan kakitangan lelaki memasuki ruangan pesakit wanita tanpa ditemani kakitangan wanita.

Bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan dijaga oleh keluarga wanita tersebut. Semoga perogol yang tidak berperikemanusiaan itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal. - CARI 
2

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizafaizal 28-3-2019 06:07 PM
isu semasa? .. bukan ni berita lama

dah dapat tangkap dah kan. . jururawat lelaki kat situ jugak punye keje
Quote CharlesDera 28-3-2019 07:11 PM
persenyawaan sperma dan ovum boleh berlaku semasa koma...ini adalah fakta sains...wakakakakakakaka
Quote arm_band 28-3-2019 07:27 PM
astro. siaran ulangan
Quote Nham22 28-3-2019 07:31 PM
Uishhhh koma pon boleh preggy...
Quote giyomi 28-3-2019 07:41 PM
cam citer lama jer, perogol pon muka, ya ampun buruk seburuk2nya cam perangainya gak.
Quote akumak 28-3-2019 07:48 PM
aku igt cerita korea koma 13 tahun tu tak logik. Ada rupanya koma lama2 ni. Ish3
Quote kroit92 28-3-2019 07:53 PM
macam pernah baca berita ni. kejadian berulang ke? atau berita sama?
Quote cmf_almondpecan 28-3-2019 08:18 PM
akumak replied at 28-3-2019 07:48 PM
aku igt cerita korea koma 13 tahun tu tak logik. Ada rupanya koma lama2 ni. Ish3

Koma paling lama hampir 38 tahun
Quote Babanana 29-3-2019 07:16 AM
Ni cerita lama dah ni. Ada siap terpampang lagi muka si perogol tu, rasa macam nak lempang guna bulldozer je rasa.
Quote pai.kacang 29-3-2019 10:08 AM
patut laa rasa macam dah pernah baca. dalam Cari jugak
Quote AmyOpy 29-3-2019 02:16 PM
cite lama ni
Quote jeligoreng 1-4-2019 09:53 AM
Kesian dia tak dapat pertahankan diri dia. Sorry OT tapi kalau koma, menstrual cycle dia masih berjalan ke macam mana eh?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089034 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top