CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Najis Penguin Ini Terlalu PINK Sehingga Boleh Dilihat Dari Angkasa!

8-1-2019 10:54 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 5011| Komen: 11|Original author: Oleh: The Queen

Penguin adalah sejenis burung akuatik yang tidak boleh terbang dan hidup di tempat sejuk seperti di Kutub Selatan. Bilangan spesies penguin masih tidak dapat dinyatakan dengan tepat kerana habitatnya sukar dicapai manusia. Dianggarkan, terdapat lebih kurang 17 hingga 20 spesies burung penguin.


kredit foto : allthatsinteresting.com

Spesis penguin Antartik spesifik yang diberi nama Adelie, mempunyai warna najis unik dan sangat banyak sehingga boleh dilihat dari satelit!

Penguin jenis ini memakan sejenis makanan laut krustasea kecil berwarna merah jambu yang diberi nama kril. Penguin jenis ini makan terlalu banyak kril sehingga menyebabkan najis mereka berwarna merah jambu. Unik, bukan? 



Kredit foto: Liam/Quinn/ Wikimedia Commons

Najis-najis ini terlalu banyak dan mencemari lereng-lereng bukit tempat habitat penguin ini sehinggalah melekat pada badan penguin itu sendiri. Malah, boleh dilihat imej kesan najis tersebut dari satelit!


kredit foto : dailymail.co.uk

kredit foto : allthatsinteresting.com

Imej tompokan najis yang dikesan melalui satelit membekalkan maklumat penting buat para pengkaji yang sedang mengkaji kelakuan penguin jenis ini. 

Sukar untuk mengesan penguin ini melalui satelit. Tetapi, oleh kerana tompokan najis berwarna pink itu jelas dilihat dari satelit, pengkaji dapat mengesan kedudukan sebenar koloni Adelie itu.


Kredit foto: Daily Mail

Adelie dikesan di Danger Islands, sebuah pulau yang tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai dan disebabkan lapisan ais yang sangat tebal, para pengkaji mengalami kesukaran untuk benar-benar meneroka kawasan itu. 

Dengan adanya imej satelit najis tersebut, pengkaji sekurang-kurangnya dapat mengetahui tempat spesifik Adelie dan mereka berhasrat untuk ke sana terus ke habitat yang dikesan bagi meneruskan kajian berkenaannya. - CARI
10

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 8-1-2019 11:46 AM
Kalau hitam tak nampak la mana satu penguin mana satu najis dari angkasa tu. Silap silap dorang ingat najis bergerak.
Quote umbut 8-1-2019 12:00 PM
Banyaknya taik.. eeerrkkk
Bersepah sepah
Quote Artemesiaa 8-1-2019 12:49 PM
Euwww bertebaran keseluruh kawasan dari jauh nampak unik bila dekat nampak agak kotor
Quote LostStar 8-1-2019 05:43 PM
ada jekkk  yang nak ganggu habitat unik2 nih..
Quote besi_kelabu 8-1-2019 09:17 PM
eeeiii...pengotor punya penguin

Quote greantea 9-1-2019 11:41 AM
dari jauh nmpk cantik ler. dr dekat, eeewwww..... najis
Quote haryatie 10-1-2019 02:27 PM
dr jauh nmpak cntik  jerk...pink color
rupa nya tahi

Quote yenil95 11-1-2019 12:04 PM
Quote kucingcomot 12-1-2019 12:06 AM
Separuh abad hidup baru ku tau apa yang pink2 tuh
Hilang kecomelan di situ
Quote awanearisu 15-1-2019 09:23 PM
Terpukau sebentar melihat keindahan najis
Quote seohyun 15-1-2019 09:36 PM
Comotnya penguin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065950 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top