Halau sihir, penawar kanser dan menyembuhkan semua penyakit kecuali mati, ini antara khasiat palsu yang diletakkan pada label 'produk makanan kesihatan'.
Ada produk makanan madu yang dijual di premis di Bukit Mertajam juga mendakwa makanan tersebut mampu merawat semua penyakit dengan RM8 sebotol. Harian Metro melaporkan, kewujudan 'produk kesihatan' itu disedari semasa serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di premis perniagaan di Bandar Perda, di Bukit Mertajam. Pengeluar mendakwa botol yang dilabelkan sebagai ‘madu tualang as sunnah’ itu adalah penawar segala penyakit kecuali mati. Madu tersebut merupakan sebahagian daripada 75 produk bernilai RM2,931 yang dirampas. Pegawai Kesihatan Persekutuan, BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, “Selain madu, pihak kami juga merampas air zam-zam yang didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit dan merawat penyakit kanser yang didapati tiada pengesahan saintifik. “Produk itu dirampas bagi tujuan siasatan dan beberapa produk yang dirampas itu dikeluarkan pengilang yang sama." Pihaknya juga telah mengeluarkan notis saman RM3,000 kepada pemilik premis . Kes disiasat mengikut Seksyen 18E Peraturan-peraturan Makanan 1985. -CARI
|
7
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
helicornia replied at 4-1-2019 06:11 PM
aku kalo madu jual murah sgt ni aku tk beli..nampak beno menipu..
ADVERTISEMENT