View: 2826|Reply: 26
|
‘Madu Tualang As Sunnah’, Penawar Segala Penyakit Konon
[Copy link]
|
|
Halau sihir, penawar kanser dan menyembuhkan semua penyakit kecuali mati, ini antara khasiat palsu yang diletakkan pada label 'produk makanan kesihatan'.
Ada produk makanan madu yang dijual di premis di Bukit Mertajam juga mendakwa makanan tersebut mampu merawat semua penyakit dengan RM8 sebotol.
Harian Metro melaporkan, kewujudan 'produk kesihatan' itu disedari semasa serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di premis perniagaan di Bandar Perda, di Bukit Mertajam.
Pengeluar mendakwa botol yang dilabelkan sebagai ‘madu tualang as sunnah’ itu adalah penawar segala penyakit kecuali mati.
Madu tersebut merupakan sebahagian daripada 75 produk bernilai RM2,931 yang dirampas.
Foto: Harian Metro
Pegawai Kesihatan Persekutuan, BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata,
“Selain madu, pihak kami juga merampas air zam-zam yang didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit dan merawat penyakit kanser yang didapati tiada pengesahan saintifik.
“Produk itu dirampas bagi tujuan siasatan dan beberapa produk yang dirampas itu dikeluarkan pengilang yang sama."
Pihaknya juga telah mengeluarkan notis saman RM3,000 kepada pemilik premis .
Kes disiasat mengikut Seksyen 18E Peraturan-peraturan Makanan 1985. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalo madu jual murah sgt ni aku tk beli..nampak beno menipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
amboi hebatnya 'penyembuh segala penyakit' |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau produk2 melayu ni suka bagi tagline sembuh semua penyakit kan.. kesian sapa yang terpengaruh |
|
|
|
|
|
|
|
wow! madu serendah rm8 je??
kalu tiruan tu sekadar air gula pon berbaloi gak beli buat ganti gula kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alang2 nk over claim tu cakap la boleh idup kan org yg da mati skali haha |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan biasa claim ja
Amboi ummah sejak dua menjak dah pandai minta bukti... |
|
|
|
|
|
|
|
aku cukup tk suka penjual/penguasaha makanan/ubatan guna tagline 'boleh sembuhkan segala mcm penyakit'.
|
|
|
|
|
|
|
|
I have to say madu tualang bagus.
Dgn Cara pemakanan betul, I always had energy walaupun after long day, and never had smokers cough when I was taking it.
Cumanya given the biogenic nature of the product, Ada alahan jadi jerawat. So had to stop |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 4-1-2019 06:11 PM
aku kalo madu jual murah sgt ni aku tk beli..nampak beno menipu..
Ada jer madu lebah murah. Lain kaedah productionnya lain harganya lain rasanya dan lain keperluannya.
Contoh brand CED. Masa offer kat pasaraya TF cuma dalam rm14- satu kg. Siap ada certificate pengesahan Insurance rm1 juta lagi. Maknanya CED berani la declare product madu dia asli.
Sama cam ikan patin. Patin kolam rm5 satu kg. Sangkar rm15 satu kilo. Patin liar / sungai rm300 - rm500 satu kg. Tapi semua tu genetik Patin.
Jadi terpulang kpd individu. Nak madu lebah mahal, madu lebah liar. Kalau yg baru keluar hutan boleh cecah rm200 satu botol size sederhana. |
|
|
|
|
|
|
|
8 hengget penyemboh segala penyakit?? hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
So... Bila nak serbu linda rafar? Sheols kata produk dia blh sembuhkan kanser. |
|
|
|
|
|
|
|
yg on diet tapi craving nak sangat makan benda manis2 elok makan madu kan, baru aja nak order honey stix grape si Shuib taktau sedap ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
kecuali makan tamar masa berbuka... tiada makanan lain yg sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Founder silap label product lah ..... sepatutnya product menyembuh kan semua jenis penyakit kecuali mati itu ...habbatus sauda...uolls mahu jadi liberals kah ..... nikmat yang u guyss mahu dusta kan ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Grup family aku kalau keluar je isu cbd weed madu tualang ni mulalah abg aku stat forward segala artikel sampah. Besar kecik besar kecik je mata aku.. Malas lah layan. Kalau layan mmg boleh bgaduh adik bradik. Dia je betul.. Pastu agak2 kalah mulalh sindir2 aku ni paling pandai dlm adik bradik. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjual nama as sunnah tu. Kanser pun blh baik. Pusat kanser negara patut buat kajian btl ke madu ni blh rawat kanser? Data pesakit da ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Arab Saudi mengharamkan penjualan air zam-zam ke luar negara. Sesiapa yang menjual air zam-zam di Malaysia sebenarnya melanggar larangan Arab Saudi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|