Sudah beberapa hari bermulanya Tahun Baru 2019. Kejap betul masa berjalan, rasanya baru semalam kita semua sambut raya ye tak. Agak-agak 2018 tahun yang berjaya atau tidak bagi korang? Azam yang korang tulis masa awal tahun dulu semua dah capai belum? Apa pengajaran yang korang dapat dari tahun 2018 ni? Kalau sama je macam tahun-tahun sebelum ni, itu tandanya korang gagal merancang dan tiada plan yang bagus untuk capai sesuatu. Jadi untuk mulakan tahun baru, pastikan korang buat semua perkara dekat bawah ini!
Benda
pertama yang perlu dibuat adalah review dan reflect apa yang korang buat
sepanjang 12 bulan lepas. Berapa banyak goals yang dah dicapai dan berapa banyak
yang belum dicapai. Jika azam korang dulu adalah bercuti di hujung tahun, berjaya
atau tidak plan itu? Jika lebih dari separuh azam korang tercapai, itu tanda
korang did well dan ada progress untuk tahun 2018. Tahniah! Akan tetapi jangan
pula pandang yang indah sahaja, reflect juga perkara buruk terjadi. Dengan ini,
barulah korang boleh muhasabah diri.
Ini
benda paling common yang orang selalu buat dan korang wajib buat! Fungsi azam
tahun baru adalah sebagai guidance dan motivasi supaya korang lebih bermotivasi
untuk capai sesuatu. Walaupun dah masuk beberapa hari dalam bulan Januari, masih belum terlambat untuk korang set azam baru okay! Azam
tahun baru terbahagi kepada dua iaitu short term goals dan long term goals.
Contoh long term goals adalah misi untuk kurus, manakala contoh short term
goals adalah untuk membaca 1 buku dalam 1 bulan. Bahagikan goals korang supaya
lebih jelas dan nampak prosesnya. Selamat berfikir!
Semua
orang nak berjaya dengan cepat tapi tiada siapa yang mahu lalui prosesnya yang
sukar. Jangan fikir bahawa korang dah gagal kalau prosesnya mengambil masa yang
lama. Sebagai
contoh, azam korang tahun 2018 adalah untuk turunkan berat badan. Tapi walaupun
korang dah bersenam setiap minggu dan jaga pemakanan, berat korang masih sama
malah makin naik lagi. Jangan pula berhenti dan putus asa. Itu adalah satu
proses dan dari perspektif baiknya, korang dah terbiasa dengan gaya hidup yang
sihat. Untuk improve, korang boleh usaha keras lagi untuk capai goals itu.
Jangan putus asa!
Kenapa
kemas almari baju termasuk dalam perkara yang perlu dibuat sebelum masuk tahun
baru? Setiap tahun, kita pasti akan beli pakaian baru dan sudah tentu ada baju
atau seluar yang kita sudah tidak suka atau tidak selesa. Daripada
semua pakaian tu bertimbun dan jadi kain buruk, apa kata korang hantar ke pusat
kitar semula atau derma kepada orang lain. Lagi bagus, korang boleh jual semula
jika kualitinya masih elok dan cantik. Bila almari dah kemas dan tersusun, baru
boleh hadap tahun baru dengan cemerlang! Untuk 2019 ini,
moga kita semua menjadi orang yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan
sentiasa bermotivasi untuk capai impian masing-masing. Selamat maju jaya! Maksud
celebrate di sini bukanlah korang pergi party atau melepak sampai pagi untuk berseronok. Maksud celebrate di sini adalah self-reward.
Apa salahnya korang spend duit sikit untuk diri sendiri.
Kalau selama ni korang berjimat je untuk makan, kalini korang boleh cuba makan
steamboat terus! Untuk lebih manis
lagi, korang boleh belanja family sendiri makan atau shopping. Barulah tahun
baru lebih berkat. Gitu! - CARI |
15
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Meiizu replied at 4-1-2019 03:52 PM
aku tak berazam sgt..
tapi nak cerita aku start thn baru dgn set pinggan mangkuk yg baru.
hat lam ...
PristineOne replied at 4-1-2019 03:09 PM
Apa mula kena buat tahun baru ni TT tanya????
Kena jalan 3 meter pekena rokok.. lepas pekena roti ...
Meiizu replied at 4-1-2019 03:52 PM
aku tak berazam sgt..
tapi nak cerita aku start thn baru dgn set pinggan mangkuk yg baru.
hat lam ...
Artemesiaa: Tak perlu nak berazam sangat sebab jarang yang dapat ditunaikan. Lebih baik bertekad untuk buat lebih baik setiap hari sebab lagi mudah nak mencapain ...
ADVERTISEMENT