CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 Nikah Di Thailand Sebulan

19-9-2013 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9974| Komen: 78


MASIH ramai rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand.

SONGKHLA , 19 Sept – Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan.


Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.


“Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.



“Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan,” dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam.


MoU tersebut akan menyaksikan kerjasama KPTM dan 12 buah sekolah di Songkhla dalam menjayakan pusat bahasa yang ditubuhkan KPTM di wilayah itu untuk membantu pelajar-pelajar di negara jiran menguasai bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 19-9-2013 03:13 AM
klu tolak fathul berry baru 999 org
Quote airfilterbersih 19-9-2013 03:26 AM
batmana posted on 19-9-2013 03:13 AM
klu tolak fathul berry baru 999 org

Tolak asrap Muslim lgi...haha...998..
Quote BotakChinPeng 19-9-2013 03:30 AM
Yang pergi melanggan ayam siam berapa orang pulak sebulan
Quote mat@bronok 19-9-2013 07:25 AM
batmana posted on 19-9-2013 03:13 AM
klu tolak fathul berry baru 999 org

lobai ni kata, semua sudah ketentuan tuhan laaaa
Quote jazaa 19-9-2013 07:28 AM
Tolak Abby Abadi .....tinggal 997.



Quote rosasa 19-9-2013 07:36 AM
batmana posted on 19-9-2013 03:13 AM
klu tolak fathul berry baru 999 org


Quote rosasa 19-9-2013 07:37 AM
tolak rita rudaini & aidil .... 996
Quote AHMADVW 19-9-2013 07:39 AM
fathul bari- ketetapan Allah
Quote nexusys 19-9-2013 08:18 AM
sistem perkahwinan di mesia nih berat sangat... banyak sangat prosidur dan kewajipan.

Aku bagi contoh, pi attend kelas nikah tuh... masa aku pi tu ramai la gak, tapi semua tak amik pot jek, cukup takat duduk dalam kelas...

yg sedihnya, ada yang non-malays tapi moslem pun kena attend, walopon tak paham bahasa meleis, janji certificate dapat. alangkah sedihnya sistem derang buat.

aku agree satu jek, HIV blood test.

tak heran ler orang nikah kat luar, susah sangat ke nak tau sebabnya?
Quote haryatie 19-9-2013 08:23 AM
sambutan sgt menggalakkan..
mudah & dipermudahkan ker ..apa..
Quote Bell 19-9-2013 08:23 AM
Abby Abadi pun kawin dkt siam - pantas dan ringkas. Malaysia procedure byk sgt. Makan 3-4 bulan baru siap.
Quote tobby 19-9-2013 08:27 AM
BotakChinPeng posted on 19-9-2013 03:30 AM
Yang pergi melanggan ayam siam berapa orang pulak sebulan

lagi la ramai. mau berjuta.
Quote yipun_78 19-9-2013 08:27 AM
jazaa posted on 19-9-2013 07:28 AM
Tolak Abby Abadi .....tinggal 997.



hahahaha tergelak besar i baca komen ni dan Fathul dan Ashraff
Quote tobby 19-9-2013 08:28 AM
Bell posted on 19-9-2013 08:23 AM
Abby Abadi pun kawin dkt siam - pantas dan ringkas. Malaysia procedure byk sgt. Makan 3-4 bulan baru ...

biasa la Msia. org agama biasanya buat kerja lembab. tak melambangkan Islam langsung. tgk bank isle cukup la. lagi cekik darah dari yg tak isle. harap kepiah jer.
Quote yipun_78 19-9-2013 08:29 AM
Bell posted on 19-9-2013 08:23 AM
Abby Abadi pun kawin dkt siam - pantas dan ringkas. Malaysia procedure byk sgt. Makan 3-4 bulan baru ...



Bell, kaka harap Bell x masuk dlm statistik tu k...
Quote TanSriJess 19-9-2013 08:29 AM
kalo aku pompuan...aku xnak jantan heret aku g kawen sbelah siam

low class
Quote Bell 19-9-2013 08:30 AM
tobby posted on 19-9-2013 08:28 AM
biasa la Msia. org agama biasanya buat kerja lembab. tak melambangkan Islam langsung. tgk bank isl ...

Ha'ah...bank islam lagi mahal dari bank conv. Procedure sikit punya byk. Tp Uzar duk backing macam-macam. Hmpphhhhh!!!!

Quote Bell 19-9-2013 08:31 AM
yipun_78 posted on 19-9-2013 08:29 AM
Bell, kaka harap Bell x masuk dlm statistik tu k...

-edit- double post.
Last edited by Bell on 19-9-2013 08:32 AM

Quote shiro82 19-9-2013 08:33 AM
aku rasa yang kawin siam ni jenis yg nk kawin kene halang,atau bakal pasangan berlainan status....sbb tu lari ke thailand.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.428476 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top