CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand Sedang Berkabung, Semua Perayaan & Aktiviti Hiburan Dibatalkan!

14-10-2016 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4082| Komen: 11

Description: Susulan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej petang kelmarin, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengarahkan segala aktiviti yang berbentuk hiburan mahupun kebudayaan harus dihentikan bu ...

Minta perhatian bagi mereka yang ingin bercuti ke Thailand dalam masa terdekat ini.

Susulan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej petang kelmarin, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengarahkan segala aktiviti yang berbentuk hiburan mahupun kebudayaan harus dihentikan buat sementara waktu selama 30 hari. 


sumber foto: https://cimg.cnyes.cool/

Cari Internet telah menghubungi Jabatan Pelancongan Thailand bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara tersebut.

Antaranya termasuk Rap Bua Or atau Festival Bunga Teratai, Fenomena Bola Naga dan Festival Perlumbaan Kerbau sah dibatalkan. 

Dalam pada itu, Cari Internet difahamkan oleh beberapa agensi pelancongan Thailand yang sempat dihubungi, destinasi pelancongan di negara itu masih belum diketahui statusnya sama ada akan ditutup atau tidak secara rasmi. 


Buat masa ini hanya Istana Besar Thailand dan Bangunan Parlimen ditutup buat para pelancong. 

Bagi mereka yang ingin melancong ke Thailand dalam masa terdekat ini bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pelancongan Thailand iaitu https://www.tourismthailand.org/home untuk mendapatkan maklumat terkini.- CARI
3

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kambeng_masam 14-10-2016 05:45 PM
camna pulak dengan red light districts di sana? kena stop tak?
Quote enchikfitz 14-10-2016 05:49 PM
CARI-LTS replied at 14-10-2016 05:44 PM
Minta perhatian bagi mereka yang ingin bercuti ke Thailand dalam masa terdekat ini.


Songkran masih ada x next year?  
Quote alesandra 14-10-2016 05:49 PM
yg gi melancong kat sana skrg mesti mati kutu
Quote Levespa 14-10-2016 08:30 PM
rakyat thai antara yg paling sayang kat raja nya
Quote QueenOfGenovia 14-10-2016 08:35 PM
Rakyat Thai sangat2 kasih kepada raja mereka. Gambar raja diseluruh pelosok negara. Semalam masa tengok berita kat kedai makan pon. Ramai rakyat Thai menangis atas kemangkatan raja negara tu. Semoga mendiang bersemadi dengan aman.
~Q.O.G~
Quote OmJualGas 14-10-2016 08:50 PM
Genovia kingdom ???   
Quote HazeLJoseph 14-10-2016 09:32 PM
Semua kedai thai/siam kt tmpt aku tutup 3 hari.Ada yg leret 7 hari.Sayang betul merka ni
Quote mbhcsf 14-10-2016 09:55 PM
my condolences

i ingat 2007 ke , coup de etat yg rakyat menentang thaksin dan sokong raja
Quote RatuDunia94 14-10-2016 10:41 PM
nasib Miss Grand International 2016 (Thai pageant based) buat kt Las Vegas.. skrg tgh berlangsung. agaknya kalau buat kat Thailand mesti kena stop..
Quote hanisbunny 15-10-2016 07:24 AM
klu xsalah news dkt sane pon disiarkan dalam version hitam putih gitu selama sebulan...ala2 zaman tv hitamputih gituu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.120108 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top