CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ancaman Pencetak 3d

18-9-2013 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6907| Komen: 26

KUALA LUMPUR - Pencetak 3D, iaitu percetakan sesuatu pelan kepada model bentuk plastik, membuka ruangan kreatif untuk perniagaan dan ilmu, namun boleh menjadi ancaman kepada keselamatan umum jika disalahgunakan.

Terbaru ada pihak dari Amerika Syarikat menyediakan pelan pembinaan senjata api yang boleh dicetak melalui laman web dan ini menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak termasuk Malaysia.

Oleh sebab itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, kerajaan bukan sahaja di Malaysia malah di dunia perlu ada sistem kawalan terhadap mesin teknologi digital terkini itu yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara.





Beliau berkata, penggunaan mesin itu mungkin memberi manfaat kepada semua, namun tanpa kawalan yang ketat akan memberi peluang kepada individu berniat jahat menghasilkan sesuatu yang memudaratkan.

“Memang kita puji penggunaan mesin itu, tapi dari segi kesalahan ini sangat berbahaya, pencetak 3D yang dijual tanpa kawalan, individu yang berniat jahat mampu menghasilkan senjata api melaluinya,” katanya.

Zaman Khan berkata, biarpun setakat ini, belum ada yang digunakan untuk perkara jenayah, namun sekiranya tidak dikawal dan tanpa pemantauan yang lebih akan membanjirkan negara malah dunia dengan senjata api,” katanya.

Rasional kerisauan Zaman Khan bersandarkan insiden cubaan bunuh dan bunuh di negara ini melibatkan penggunaan senjata api termasuk membabitkan kes berprofil tinggi.

Zaman Khan mengulas berhubung pencetak 3D iaitu alat pembuatan yang menjadikan fail imej 3 Dimensi sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal, diperbuat daripada bahan plastik.

Dakwat atau bahan yang digunakan untuk membina objek bercetak itu diperbuat daripada ‘acrylonitrile butadiene styrene’ (ABS) iaitu bahan plastik yang sama digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual  beberapa syarikat di Malaysia dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.

Lebih menggemparkan ada laman video di YouTube memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya menembak 14 pusingan tunggal dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D dan adakah penemuan yang jelas ini akan memaksa kerajaan Amerika Syarikat untuk memikirkan semula dan mengharamkan video itu daripada dimuat naik dalam talian.

Zaman Khan berkata, dakwat yang digunakan pencetak 3D juga perlu dikawal atau diharamkan terus daripada dijual melainkan individu terbabit mempunyai lesen untuk memilikinya.

“Ini sangat bahaya, kalau di Malaysia dah ada, yang memiliki mesin pencetak ini perlu diberi kawalan dan pengawasan yang ketat oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya sentiasa memantau video yang dimuat naik dalam talian dan individu yang terlibat boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.

“Individu itu boleh disiasat mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998 iaitu seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, mewujudkan apa-apa komen, permintaan, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Malah individu itu juga boleh dikenakan menurut Seksyen 183 AKM 1998 iaitu seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang menjejaskan keselamatan awam, tapi pencetak 3D bukan sesuatu yang salah selagi tidak mendatangkan bahaya,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat penyebaran video menghasilkan senjata boleh membuat aduan kepada SKMM dan polis namun dinasihati supaya tidak menyebarkannya kepada pengguna laman You Tube lain. - Bernama

1

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 18-9-2013 10:34 AM
wah..siap boleh cetak senjata api..boleh digunakan ke lepas tu
Quote True-X 18-9-2013 10:37 AM
Pencetak 3d ni dijangka membolehkan kita membina rumah in few minutes je  di masa depan nnt
Quote NURMIMIE 18-9-2013 10:38 AM
ramai lah  yang mencetak angelina jolie neh..
Quote fadlily 18-9-2013 10:51 AM
Aku dalam kajian nak buat proposal pasal business 3d printer servis ni.. memang teknologi ni dah makin berkembang seiring dengan peredaran semasa. Apa yang difikirkan oleh pak zaman khan ni pun ada betul nya. tapi aku rasa tak perlu lah nak salahkan teknologi. ingat semakin tinggi teknologi sesebuah negara semakin complicated jenayah nya..

P/s Hari tu kata nak tegah pengguna motosikal di dalam bandar , katanya banyak kes ragut ..kesudahan nya tak buat pun....... ada plak pikiran macam tu nak tangani jenayah
Quote saladin780 18-9-2013 10:54 AM
NURMIMIE posted on 18-9-2013 10:38 AM
ramai lah  yang mencetak angelina jolie neh..

kat malaysia plak ramailah yag mencetak emma maembong
Quote benzo33 18-9-2013 10:56 AM
Pengenalan teknologi baru perlu seiring dengan penguatkuasaan undang-undang. Kalau ada undang2, tapi tak dikuatkuasakan, ia tak bermakna juga.
Quote voizze 18-9-2013 11:00 AM
too good to be true...
Quote sueism 18-9-2013 11:08 AM
True-X posted on 17-9-2013 04:37 PM
Pencetak 3d ni dijangka membolehkan kita membina rumah in few minutes je  di masa depan nnt

rumah kecik2 lepas tu kita inflate kan then jadi besar hehehe

Quote chaintea 18-9-2013 11:11 AM
uik teringat episod dalam CSI:Vegas Season 13 ada kes mangsa dibunuh guna pistol 3D version nih
dpt tgkap pembunuh coz pembunuh kena allergy reaction dgn bahan pencetak itu..
Quote C.K 18-9-2013 11:15 AM
idea terhasil dari kotak pelbagai guna doraemon
Quote PenjualAPAD 18-9-2013 11:32 AM
NURMIMIE posted on 18-9-2013 10:38 AM
ramai lah  yang mencetak angelina jolie neh..

fosssiblee fosssibleee
Quote NURMIMIE 18-9-2013 11:51 AM
saladin780 posted on 18-9-2013 10:54 AM
kat malaysia plak ramailah yag mencetak emma maembong

ekeke.. tadi nak tulis ayat neh juga.. tapi nak cepat punya pasal tekan saja anjelina tuh..
Quote mantois 18-9-2013 12:04 PM
[youtube]zF-0w2g7S9w[/youtube]

awesome kan...

Quote gogo2 18-9-2013 12:06 PM
abu lagi bahaya
Quote mantois 18-9-2013 12:07 PM
[youtube]S-E6vRfnijw[/youtube]

lagi awesome....

Quote mantois 18-9-2013 12:19 PM
[youtube]F5QxvlylxUQ[/youtube]

camni ke nak print emma maembong... khas utk kaki ngesek..
Quote ell768 18-9-2013 12:31 PM
perrghhh...bagus ni kalau ada kat umah..x payah dah beli menan..aku printkan ajer apa anak2 aku nak..wakakakak
Quote bukanAlong 18-9-2013 12:38 PM
http://www.youtube.com/watch?fea ... v=DconsfGsXyA#t=135
siap ble print senapang tembak2 lagi
Quote boyagombak 18-9-2013 02:31 PM
nak Galaxy Samseng pun boleh cetak banyak mana pun

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.218834 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top