CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Pemain Tegar 'Kutu'? Ini Maklumat Penting Ramai Tak Tahu Tentang Kutu

26-12-2018 06:16 PM| Diterbitkan: Ryhanna| Dilihat: 3226| Komen: 5|Original author: Oleh: hanz

Di zaman moden ini,  penyertaan 'kutu' semakin menjadi trend rakyat Malaysia dari peringkat persekolahan hingga peringkat pekerjaan. Malah,  trend penyertaan 'kutu' ini juga menjadi hobi oleh kebanyakan suri rumah.  


Berbanding buat simpanan sendiri,  ramai yang memilih untuk menyertai permainan kutu kerana beranggapan mereka tidak mampu menyimpan sendiri kerana risau tidak mampu mengawal perbelanjaan.  

Kalau dahulu, permainan 'kutu' ini melibatkan wang saja di mana setiap peserta perlu membayar duit kepada ketua peserta mengikut giliran sehingga giliran terakhir.  Kini,  permainan 'kutu' semakin menjadi trend di mana ramai peniaga online memanfaatkan trend ini kepada perniagaan mereka iaitu dengan mencari beberapa peserta untuk menyertai kumpulan tersebut dengan membayar barang secara 'installment' dan mendapat barang masing-masing mengikut giliran.  



Malah,  peniaga emas juga turut mengambil kesempatan dengan cara ini untuk melariskan perniagaan emas mereka.  Mereka membuka kutu emas yang juga dikenali sebagai 'kutu hui' ini semakin menjadi kesukaan wanita. Bagi mereka,  membeli barang kemas memerlukan duit yang banyak, namun dengan 'kutu emas', peserta hanya perlu membayar secara ansuran untuk mendapat barang kemas yang dihajati. 

Mengikut fahaman penulis, terdapat beberapa pihak mengulaskan bahawa hukum permainan kutu ini harus sesuai dengan keperluan kita malah dianggap sebagai konsep memberi dan menerima hutang dalam kalangan peserta kumpulan tersebut tetapi bagi yang beragama Islam mempunyai syarat khusus,  iaitu setiap kali giliran,  mereka perlu mempunyai akad menerima dan memberi hutang. 

Bagaimanapun,  kebanyakan pemain 'kutu' kini sudah mula meletakkan beberapa syarat bagi peserta untuk menyertai program tersebut, antaranya:

1. Seorang ketua yang amanah dan jujur dilantik bagi memastikan permainan 'kutu' berjalan lancar. Jika peniaga sendiri yang membuka 'group', peniaga tersebut bertanggungjawab menjadi ketua  kumpulan. 

2. Pastikan setiap peserta  boleh dipercayai.  Kenal pasti latar belakang mereka dan pastikan peserta dikenali salah seorang peserta lain atau dikenali ketua kumpulan.  

3. Ketua tersebut wajib mendapatkan salinan kad pengenalan / pasport setiap peserta. 

Foto Carian internet
4. Maklumat terperinci mengenai peserta perlu direkodkan seperti alamat rumah, tempat kerja, nombor telefon,  nama dan maklumat terperinci waris yang boleh dihubungi.

5. Setiap peserta 'kutu' juga perlu memberi id media sosial masing-masing  seperti facebook,  instagram supaya mudah dicari.

Namun, tahukah anda bahawa bagaimana cara sekalipun  anda lakukan  untuk mengelakkan salah guna aktiviti kutu, aktiviti ini adalah haram dari segi undang-undang Malaysia yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jika individu yang terlibat disabitkan kesalahan, mereka bakal berdepan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, sebagai alternatif kepada permainan kutu, terdapat beberapa bank seperti Maybank yang menawarkan skim pelan simpanan peribadi  di mana pengguna hanya perlu memindahkan duit kepada akaun simpanan berasingan selama tempoh mengikut tetapan pengguna sendiri. Selain wang tersebut dijamin selamat, pengguna juga bakal peroleh kadar dividen yang menguntungkan pengguna. - CARI 
1

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-12-2018 07:23 PM
Kaka makan kutu bambu je
Quote dokupangg 26-12-2018 08:19 PM
Selepas pernah dijerut kad kredit dulu kaka skrg mengelakkan habis2an daripada berhutang dan sebenarnya kutu ni pun kaka nampak sebagai sejenis hutang sbb tetiap bulan nak kena bayar balik apa yg kita dah/akan dapat tu.
Quote besarkecik 26-12-2018 10:17 PM
CiliPadiSedap: Kaka makan kutu bambu je

Tu bukan putu bambu ke kaka?
Quote buapakperut 27-12-2018 09:11 AM
nape namamya kutu? iols geli dengar orang main kutu. terbayang manusia neanderthal mencari kutu sesama sendiri
Quote chinta89 27-12-2018 09:46 AM
x tau kenapa iols x minat main kutu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.188825 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top