Setiap individu yang menyambut Hari Krismas pasti meluangkan masa pada hari istimewa tersebut untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Keluarga Diraja Britain juga tidak terkecuali daripada adat sambutan Krismas yang diraikan di Sandringham House pada setiap tahun, di mana terletaknya rumah ladang milik Ratu Elizabeth.
Kali ini, seperti biasa Queen E seorang sahaja dari keluarga Diraja Britain yang menaiki kereta api menuju ke destinasi sambutan Krismas. Queen E menaiki gerabak kelas pertama ditemani pengiringnya yang membantu membawakan beg yang terselit tag 'The Queen'.
Kelibat Queen E yang memakai skaf kepala jenama Burberry di King's Lynn Station, Norfolk memberi kejutan kepada orang awam yang turut menggunakan khidmat pengangkutan tersebut. Setiap tahun, ratu itu akan menggunakan pengangkutan kereta api bagi tujuan menyambut Krismas bersama keluarga di rumah ladang tersebut. Kali ini Putera Philip, suami kepada Queen E, akan bertolak ke sana dengan keretanya. Sejak Putera Philip bersara dari tugasnya, pasangan suami isteri itu hanya berkesempatan bertemu pada hujung minggu sahaja atau hari-hari tertentu memandangkan Queen E masih sibuk dengan tugas hariannya. Ratu yang kini berusia 92 tahun itu menegaskan tidak akan bersara dari tugasnya selagi masih sihat. Sehari sebelum Ratu bertolak ke Norfolk, golongan kerabat telah pun sama-sama berhimpun pada majlis makan tengah hari di Istana Buckingham. Mengikut tradisi, semua ahli keluarga Diraja akan berkumpul di Sandringham House untuk sambutan Krismas bersama Queen E. Para tetamu akan tiba pada petang sebelum malam Krismas. Sesi membuka hadiah dilakukan menjelang malam Krismas dan bukan pada hari Krismas seperti kebiasaan. Dah nama pun keluarga Diraja. Cara sambutan pun mestilah tidak sama dengan orang kebanyakan. Jom tengok gambar Queen E masa muda-muda dulu! Apa-apapun, salut pada Queen E sebab suka menggunakan pengangkutan awam. - CARI |
26
Bagus |
27
Marah |
21
Terkejut |
19
Sedih |
17
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aijinmisaki replied at 25-12-2018 11:31 AM
Cantik queen elizabeth tapi kenapa charles tu, huduh yayang?
ADVERTISEMENT