Sudah kecoh di media sosial mengenai isu saman Nur Sajat yang gagal membayar cukai GST. Isu diperhangatkan lagi apabila pihak wartawan menulis nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman di dalam laporan kes tersebut.
Berikutan itu, Sajat dikatakan tertekan dengan situasi tersebut, lalu timbullah pelbagai drama di Instagramnya sendiri. Sajat sebelum ini ada memuat naik sebuah video yang mencetuskan kontroversi kerana di dalam video itu, dia menabur wang kertas yang tidak terkira jumlahnya di atas tubuhnya dengan kapsyen berkaitan masalahnya. Bagaimanapun, video itu kemudian dipadam pada hari sama.
Pelakon Fasha Sandha yang sememangnya rapat dengan Sajat sempat meninggalkan komen pada video itu. Ramai yang memuji tindakan Fasha kerana berani menegur Sajat di atas kesilapannya itu. Namun, ada juga komen dari seorang individu yang menyerkap jarang, mengenakan tuduhan tidak berasas kepada Fasha. Akibatnya, Fasha berang dan membidas kembali komen berkenaan. Gara-gara video Sajat, nama Fasha turut terpalit sama. Memang benar Fasha rapat dengan jutawan kosmetik itu, tetapi pastinya bukan kerana wang ringgit. Semoga peminat tidak memberi tuduhan melulu tanpa menampilkan bukti kerana ia sudah pasti akan menjadi satu fitnah. - CARI |
9
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mizruncing replied at 21-12-2018 11:47 AM
dia tegur tu elok dh tp mcm over plak bila ada ayat sebagai rakan yang baik blablabla. nasihat jela ...
esteryen replied at 21-12-2018 11:54 AM
lolll..tu kan fasha, tak masuk bakul angkat bakul sendiri tu baru rasa ganjil..
minguk replied at 21-12-2018 11:44 AM
kenapa lately muka bamjat semakin kelelakian?
gingerbreaf replied at 21-12-2018 02:38 PM
Umur meningkat tulang semua timbul jadi la muka lelaki sejati
ADVERTISEMENT